Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

Jumlah kematian COVID-19 global lepasi 4.5 juta

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

MOSCOW: Jumlah kes COVID-19 di seluruh dunia telah melepasi 216.3 juta, manakala jumlah kematian melebihi 4.5 juta, lapor Sputnik.
Menurut data terbaharu Universiti Johns Hopkins, pada 03:30 GMT Isnin, terdapat 216,356,046 kes disahkan di dunia dan angka kematian pula berjumlah 4,500,309.

Sejak mula dikesan pada Mac 2020, Amerika Syarikat (AS) paling teruk terjejas berbanding negara lain, dengan lebih 38.7 juta rakyatnya telah dijangkiti dan meragut lebih 637,500 nyawa.

Menurut pakar penyakit berjangkit terkemuka AS, Anthony Fauci, negara itu mencatat kematian akibat COVID-19 lebih tinggi berbanding angka rasmi yang dilaporkan.

Sementara itu data Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) mendapati purata harian kes baharu di AS meningkat kepada lebih 151,000 dan lebih 48 peratus orang Amerika belum lengkap divaksin.  — BERNAMA

Berita Berkaitan

E-Paper

22 Mac 2023

Berita Terbaru

Ubah status maklumat

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden menandatangani rang undangundang