KUCHING: Malaysia kini berada di tangga ke-21 dunia dari segi jumlah keseluruhan kes jangkitan.
Menurut angka Worldometers, setakat pagi Selasa, jumlah kes jangkitan keseluruhan di negara ini ialah 2,112,175.
Jumlah kematian pula 23,744 kes setakat ini dan dijangka jumlah kematian akan mencecah 24,000 hari ini jika berdasarkan kadar kematian harian beberapa minggu lalu.
Malaysia dengan sekitar 33 juta penduduk kedua paling teruk di Asia Tenggara, di belakang Indonesia.
Indonesia dengan penduduk 270 juta jiwa berada di tangga ke-13 dunia.
Jumlah kes jangkitan setakat pagi ini di Indonesia ialah 4,192, 695 manakala jumlah kematian 140,634.
Thailand berada di tangga ke-29 dengan lebih 1.5 juta kes jangkitan dan 15,612 kes.
Jumlah keseluruhan kes jangkitan di dunia ketika ini adalah lebih daripada 229 juta manakala jumlah kematian lebih 4.71 juta kes.