Jumlah kes positif Covid-19 di Sarawak hampiri angka 60,000

KUCHING: Dua lagi kematian melibatkan Covid-19 dilaporkan di Sarawak hari ini dengan kes baharu meningkat kepada 661 berbanding 569 kes pada semalam.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, daerah Sibu merekodkan jangkitan tertinggi dengan 134 kes, diikuti Kuching (88), Bintulu (72), Subis (52) dan Miri (43).

“Daerah lain turut merekodkan kes adalah Mukah (31), Sri Aman (31), Julau (29), Tatau (26), Samarahan (23), Kapit (20), Bau (19), Serian (15), Meradong (14), Sarikei (12) dan Song (10).

“Sembilan kes di Selangau, Kanowit (8), Simunjan (5), Sebauh (5), Lundu (3), Pusa (3), Asajaya (2), Bukit Mabong (2), Telang Usan (1), Tebedu (1), Tanjung Manis (1), Saratok (1) dan Dalat (1).

“Ini menjadikan keseluruhan 59,800 kes di Sarawak setakat ini,” kata JPBN dalam kenyataan, hari ini.

Manakala kes kematian yang dilaporkan melibatkan dua wanita masing-masing berusia 38 tahun dan 47 tahun di Hospital Sibu dan Hospital Miri, menjadikan sejumlah 380 kematian di negeri ini.

Suara Sarawak