Trending

Jumlah korban di Sarawak agak tinggi, terus patuhi PKP

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menggesa setiap lapisan masyarakat terus patuh akan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), memandang jumlah korban yang agak tinggi bagi Sarawak.

Katanya, usaha sedaya upaya sedang dilaksanakan oleh pelbagai pihak untuk memutuskan rangkaian jangkitan Covid-19.

“Antara langkah yang harus terus dipatuhi ialah memastikan tiada perhimpunan diadakan selagi keadaan tidak mengizinkan dan mengamalkan disiplin diri dari segi kesihatan agar jangkitan dapat dikekang,” katanya dalam satu kenyataan kelmarin.

Bagi mereka yang ada mempunyai kontak dengan individu yang telah disaring positif, Abang Johari meminta agar mereka berhubung segera dengan pihak kesihatan terdekat untuk menjalani saringan.

Beliau berharap agar masyarakat tabah menghadapi PKP, lebih-lebih lagi dalam bulan Ra- madan dan perayaan Gawai Dayak tidak lama lagi.

“Keadaan semasa tidak membenarkan kita melakukan ibadah puasa atau menyambut perayaan Gawai seperti keadaan biasa. “Saya amat berharap kita semua tabah menghadapi segala kekangan semasa berkuat kuasanya PKP.

“Saya dengan kesempatan ini bagi pihak Kerajaan Sarawak ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan kepada seluruh rakyat beragama Islam di negeri ini.

“Saya ingin mengucapkan selamat menyambut Gawai Dayak kepada rakyat kaum Dayak memandangkan perayaan Gawai akan tiba tidak lama lagi,” katanya.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru