Jumlah mangsa banjir meningkat kepada 181 orang setakat jam 8 malam tadi

KUCHING: Jumlah mangsa banjir di seluruh Sarawak meningkat kepada 181 orang setakat jam 8 malam tadi.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam satu kenyataan memberitahu, kesemua mangsa itu ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS) di Bahagian Serian dan Samarahan.
Bagi PPS di Bahagian Serian, jumlah mangsa di PPS Dewan Baru Kampung Rimba Padi meningkat kepada 49 mangsa berbanding 38 mangsa setakat jam 12 tengah hari tadi.
Selain itu, dua lagi PPS masih dibuka di bahagian itu masih menempatkan 84 mangsa di PPS Dewan Kampung Lintang Baru dan 22 mangsa di PPS Dewan Kampung Betong Kanowit.
Sementara itu, di Bahagian Samarahan seramai 27 mangsa dari tujuh keluarga ditempatkan di PPS Dewan Masyarakat Lubok Buntin.