Jumlah mangsa banjir menurun kepasa 137 orang setakat jam 2 petang ini

KUCHING: Mangsa banjir menurun kepada 137 orang membabitkan 39 keluarga setakat jam 2.00 petang ini.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) masih dibuka di Bahagian Serian.

“Seramai 88 mangsa banjir masih ditempatkan di PPS Dewan Kampung Lintang Baru.

“Manakala, 49 mangsa banjir ditempatkan di PPS Dewan Baru Kampung Rimba Padi,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, jelasnya, dua PPS telah ditutup iaitu PPS Dewan Masyarakat Kampung Lubok Buntin (Simunjan) pada jam 1.00 tengah hari tadi dan PPS Dewan Betong Kanowit pada jam 2.00 petang ini.