Jumlah mangsa banjir semakin meningkat di Lundu setakat jam 12 tengah hari

SEMATAN: Jumlah mangsa banjir di Daerah Lundu terus meningkat sehingga jam 12.00 tengah hari tadi.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Mejar Ismail Mahedin berkata, ekoran daripada perkara tersebut satu lagi Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah dibuka di Balairaya Kampung Sebat Dayak, di sini.

“Jumlah mangsa banjir di sini meningkat berbanding sebelah pagi tadi dan kini telah melibatkan 12 keluarga.

“Kesemua mangsa ditempatkan di kedua-dua PPS termasuk dengan Sekolah Kebangsaan (SK) Sebat,” ujarnya menerusi satu kenyataan media hari ini.

Suara Sarawak