ARTIKEL

Kredit: China Media Group (CMG)

Jumlah pelancong ke padang rumput Nalati di Xinjiang pecah rekod

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BEIJING: Jumlah pelancong ke padang rumput Nalati di wilayah Xinjiang, China memperbaharui rekod berikutan lebih 40,000 orang berkunjung ke destinasi pelancongan itu pada 17 Jun lalu.

Menurut pihak pengurusan tempatan, ramai pelancong berduyun-duyun ke padang rumput Nalati tahun ini hingga puncak musim pelancongan datang lebih awal berbanding dahulu.

Seramai 106,700 pelancong mengunjungi padang rumput itu sempena cuti Hari Raya Aidiladha iaitu pada 15 hingga 17 Jun lalu, dan angka tersebut meningkat 57.18 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Terletak di timur Lembah Yili, padang rumput Nalati merupakan satu daripada empat padang rumput terbesar di dunia, mempunyai pemandangan alam semula jadi yang indah.

Selain itu, keistimewaan adat resam etnik Kazak yang menghuni kawasan Nalati juga menambah tarikan kepada padang rumput berkenaan.

Dari awal tahun ini hingga sekarang, padang rumput Nalati telah menerima kunjungan 1.01 juta pelancong, menokok 89.23 peratus dari tahun ke tahun.

Ia membawa keuntungan sebanyak RMB598.65 juta (RM388.44 juta) kepada sektor pelancongan tempatan, naik 49.46 peratus. 

BERNAMA-CMG 

BERITA LAIN

China tubuh Pusat Kajian Inisiatif Keselamatan Global

BEIJING, China: Majlis pelancaran Pusat Kajian Inisiatif Keselamatan Global (GSI) berlangsung di sini pada Khamis lepas serentak dengan penyiaran laporan tentang kemajuan pelaksanaan inisiatif tersebut.

BERITA TERBARU