ARTIKEL

Jumlah sekolah antarabangsa setakat ini optimum – Sagah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Lima sekolah antarabangsa asal yang dicadangkan adalah berdasarkan keperluan semasa dan jumlah tersebut dilihat optimum, kata kata Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Datuk Seri Roland Sagah Wee In.

Bagaimanapun menurutnya, Kerajaan Sarawak akan mempertimbangkan untuk bina lebih banyak lagi sekiranya terdapat permintaan untuk mewujudkan lebih banyak sekolah antarabangsa milik negeri.

“Untuk membina 10 sekolah dalam tempoh tiga tahun pastinya tidak praktikal, namun kita bersedia untuk membinanya sekiranya terdapat permintaan untuk mewujudkannya,” katanya menjawab gesaan Ahli Parlimen Stampin Chong Chieng Jen yang menggesa agar Kerajaan Sarawak menubuhkan 10 lagi buah sekolah antarabangsa milik Kerajaan Sarawak dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Sehubungan itu katanya, lima sekolah dicadangkan ditubuhkan di bandar utama Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri untuk memastikan pelajar dan guru mendapat akses kepada kemudahan berdekatan yang diperlukan seperti hospital, klinik, pasar raya dan lain-lain.

“Untuk menjaga kemudahan di lima buah sekolah ini bukan sahaja mencabar tetapi yang lebih penting, terdapat pertimbangan kurikulum yang sesuai, keperluan guru, latihan, dan mendapatkan pelajar yang sesuai untuk mendaftar di sekolah.

“Atas pertimbangan berikut, hanya 5 buah sekolah dicadangkan untuk tujuan tersebut,” katanya menerusi satu kenyataan, pada Ahad.

Dalam pada itu, beliau mendedahkan bahawa sebanyak RM16 juta telah dianggarkan pada tahun 2024 untuk menjalankan operasi sekolah antarabangsa sedia ada di Petra Jaya.

Menurutnya, jumlah ini boleh disemak dari semasa ke semasa dan bajet untuk bahagian pembangunan sekolah semuanya telah diperuntukkan.

“Untuk rekod, bajet pembangunan bagi tiga sekolah pertama (Petra Jaya, Kuching dan Sibu) berjumlah RM60 juta setiap satu.

“Jadi, jumlah keseluruhan bagi sekolah-sekolah ini ialah RM180 juta. Bajet pembangunan untuk baki kampus di Bintulu dan Miri masih belum ditentukan kerana ia masih belum ditender.

“Kementerian akan terus memantau perkembangan sekolah milik kerajaan negeri bagi memastikan mereka menyediakan pendidikan yang terbaik untuk memupuk anak-anak kita menjadi generasi baharu penggerak, pemikir dan pemimpin masa depan negara,” jelasnya.

Sebelum ini, Sarawak menubuhkan lima buah sekolah antarabangsa menggunakan sukatan pelajaran Universiti Cambridge dengan sekolah pertama iaitu Sekolah Antarabangsa Yayasan Sarawak (YSISS) di Petra Jaya, Kuching manakala sebuah lagi di Batu 12, Kuching dijadualkan beroperasi pada 2025.

Sementara tiga lagi YSISS bakal ditubuhkan di Sibu, Bintulu dan Miri menjelang 2026.

LAIN-LAIN BERITA

Jasa Tun Taib tidak terhad di peringkat negeri

Yang Dipertua Yadim, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus terkenang jasa Allahyarham Tun Datu Mustapha Datu Harun dan Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud yang pernah menjadi Menteri

24 mesin hemodialisis baharu diagih ke seluruh Sarawak

KOTA SAMARAHAN: Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak memperuntukkan sebanyak 24 buah mesin hemodialisis yang bernilai RM987,600 dalam usaha memperkasakan rawatan pesakit buah pinggang di negeri ini.

BERITA TERBARU

China keluarkan amaran cuaca buruk

BEIJING: Amaran cuaca buruk diumumkan di seluruh kawasan China pada Rabu ketika suhu menjunam di selatan, dengan Beijing kini dalam keadaan bersalji. Pihak berkuasa memperbaharui

KUCHING: Sebanyak lapan syarikat di bawah Program Gate to Global (GTG) MARA menyertai Pameran Perdagangan Antarabangsa Gulfood 2024 di Dubai, Emiriah Arab Bersatu. Pameran di

Song Hye Kyo biarawati Dark Nuns

Pelakon Korea Selatan, Song Hye Kyo kembali ke dunia lakonan dengan membintangi fi lem Dark Nuns.  Selain Hye Kyo, terdapat bintang lain seperti Vincenzo Jeon

Terima kasih Tun Taib

ALLAHYARHAM TUN PEHIN SRI ABDUL TAIB MAHMUD tokoh Sarawak disegani membawa pelbagai perubahan kepada masyarakat berbilang kaum dan agama di Bumi Kenyalang. Mempelopori bidang politik,