ARTIKEL

Jun Hao intai gelaran sulung pada kejohanan kebangsaan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki negara Leong Jun Hao mengintai peluang untuk merangkul gelaran juara pertama Kejohanan Badminton Kebangsaan yang dijadualkan berlangsung dari 4 hingga 9 Julai di Stadium Juara, Bukit Kiara di sini.

Jun Hao yang meraih naib juara pada edisi 2019 berkata jika beliau memenangi edisi 2023, kemenangan itu pastinya meningkatkan tahap keyakinannya untuk beraksi pada kejohanan akan datang termasuk menentang juara dunia 2021, Loh Kean Yew dari Singapura pada pusingan pertama Terbuka Korea dari 18-23 Julai.

“Saya pasti tekanan akan diberikan kepada Kean Yew, namun saya akan memberikan sepenuhnya dan lakukan yang terbaik untuk menentang beliau,” katanya kepada pemberita selepas sesi latihan di sini semalam.

Kedua-dua pemain itu pernah bertemu sekali pada Siri Antarabangsa Singapura 2017 yang menyaksikan Kean Yew menang 21-10, 21-14.

Mengambil kira statusnya sebagai pilihan utama dan ketiadaan pemain utama lain pada pertemuan kebangsaan itu, Jun Hao bagaimanapun akan berhati-hati dengan ancaman daripada pemain lain terutamanya pemain muda pada kejohanan itu.

“Bagi saya junior akan bermain dalam keadaan tiada tekanan, mereka pasti buat yang terbaik dan mendorong kami sehingga penghujungnya. 

“Walaupun berlatih sekali, mesti susah juga kerana mereka tahu corak permainan semua, tak boleh pandang ringan, mereka (junior) tidak rugi apa-apa,” katanya. 

Walaupun tiada nama besar seperti Lee Zii Jia dan pemenang pingat perak Sukan Komanwel 2022 Ng Tze Yong, pemain berusia 23 tahun itu berpendapat kejohanan kebangsaan itu tetap perlawanan berprestij di negara ini.

Beliau percaya ketiadaan beberapa bintang dalam kejohanan itu akan memberi peluang yang adil buat dirinya serta pemain lain untuk muncul juara kebangsaan pertama sejak 2019.

Kejohanan Badminton Kebangsaan akan kembali dalam kalendar badminton negara selepas empat tahun tidak dianjurkan berikutan pandemik COVID-19. – BERNAMA

BERITA LAIN

SPFC julang Piala Sumbangsih Serian 2024

SERIAN: Jagoan terbilang SPFC berjaya merangkul Piala Sumbangsih Serian 2024 selepas menumpaskan X Movent 3-2 pada perlawanan pembukaan Liga Serian yang berlangsung di Kompleks Sukan

Sukan Olimpik cipta peluang pekerjaan

PARIS: Sukan Olimpik Paris menetapkan piawaian baharu dan meningkatkan piawaian antarabangsa sedia ada dalam aspek ekonomi, sosial dan alam sekitar, menurut Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC)

BERITA TERBARU

Tingkatkan kesedaran bayar balik pinjaman

MUKAH: Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) mendedahkan sebanyak RM477,189 jumlah tunggakan bayaran balik Skim Pinjaman Rumah Panjang direkodkan di Bahagian Mukah sehingga Julai 2024. Pengerusinya Abdul

Anak beranak maut kemalangan rempuh lampu jalan

KUANTAN: Seorang bapa dan anak lelakinya maut apabila motosikal mereka terbabas dan melanggar lampu jalan di KM18 Jalan Jerantut-Temerloh berhampiran simpang Bukit Ketupat, malam tadi.

91 murid keracunan makanan, tiada kes kritikal

KOTA KINABALU: Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) Datuk Raisin Saidin mengesahkan berlaku kes keracunan makanan melibatkan 91 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Gaya semalam.