ARTIKEL

Jurgen Klopp lebih hebat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp memuji pengendali Manchester City, Pep Guardiola sebagai pengurus terbaik menjelang pertembungan Liga Perdana Inggeris (EPL) antara kedua-dua pasukan malam ini.

Pertembungan itu berkemungkinan bakal menjadi perlawanan terakhir buat Klopp menentang City selepas dia mengumumkan untuk meninggalkan Liverpool hujung musim ini.

City telah memenangi lima daripada enam kejuaraan EPL yang lalu tetapi Liverpool telah menjadi saingan utama mereka, merampas trofi tersebut pada 2020.

Kedua-dua pasukan itu sekali lagi terikat dalam perebutan di puncak EPL dengan pendahulu Liverpool mendahului dengan satu mata sebelum pertembungan Ahad ini di Anfield.

Bos Liverpool itu berkata City yang sedang memburu treble kedua berturut-turut Liga JuaraJuara, EPL dan Piala FA disifatkan cemerlang dalam banyak aspek

. “Saya berada dalam pertandingan dan saya sendiri melihat kecemerlangan apabila saya menghadapinya.

“Pep pastinya telah melakukan banyak perkara berbeza sepanjang tahun bersama pasukannya.

“Bagaimanakah saya boleh menilai pengurus dari masa lalu?

Tetapi dalam hidup saya, dia adalah pengurus yang cemerlang,” katanya.

Baca lain  Peserta pilihan kuasai pertandingan dart dan karom PeTARY Unimas

Klopp mempunyai rekod cemerlang menentang Guardiola apabila menang 12 kali dalam 29 pertemuan mereka.

“Pada masa ini saya mempunyai rekod positif menentang Pep. Saya tidak tahu bagaimana ia berlaku secara jujur tetapi semuanya amat positif.

“Saya tahu saya cukup mahir dalam apa yang saya lakukan.

Saya tidak mahu dilihat seperti seseorang yang gembira berada di sini tetapi anda bertanya kepada saya tentang yang terbaik dan bagi saya dia adalah yang terbaik,” ujarnya.

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Thailand perlu pertimbang pindahkan ibu negara

BANGKOK: Thailand mungkin perlu mempertimbangkan untuk memindahkan ibu negaranya, Bangkok kerana paras air laut yang semakin meningkat, kata seorang pegawai kanan di pejabat perubahan iklim

Eksport produk kayu menurun

KUCHING: Prestasi nilai eksport produk perkayuan Sarawak merekodkan penurunan sebanyak sembilan peratus dengan sebanyak RM682 juta berbanding RM752 juta untuk tempoh sama tahun lalu. Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali

Sule jual kenderaan mewah 

PELAWAK Indonesia Sule, menjual kenderaan mewah miliknya yang terdiri daripada Ford Mustang, Porsche, Jeep Wrangler dan Mercedes Benz kerana tidak digunakan. Sule mengatakan dia menjual

Erat hubungan bersama komuniti

KEMERIAHAN sambutan Aidilfitri masih dirasai sempena Program Jiwa Madani bersama-sama Komuniti anjuran Ikmas di Dataran Ikmas, baru-baru ini. Program dihadiri tetamu jemputan khas iaitu Pengarah