Trending

Jurujual rugi RM524,800 ditipu skim pelaburan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Seorang jurujual sebuah syarikat menjual alat telekomunikasi di Padawan kerugian RM524,800 akibat menjadi mangsa sindiket penipuan pelaburan menerusi Facebook.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, mangsa, lelaki berumur 33 tahun membuat laporan polis pada semalam sebaik menyedari telah ditipu.

Katanya, menurut mangsa, beliau telah tertarik dengan skim pelaburan “BB TRADE VIP” yang ditawarkan melalui laman media sosial tersebut pada 28 April yang lalu.

“Mangsa kemudian telah menekan pautan ketahui lebih lanjut sebelum disambungkan kepada suspek yang memperkenalkan diri sebagai Justin Kang di 011-40086359 dan 011-56376504.

“Suspek menerangkan kepada mangsa bahawa keuntungan 20 peratus akan diperoleh daripada nilai pelaburan yang dibuat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, suspek menyuruh mangsa untuk memasukkan wang ke beberapa akaun sebagai caj perkhidmatan skim perlaburan tersebut.

Katanya, mangsa tanpa ragu-ragu telah melakukan 19 transaksi pindahan wang ke tujuh akaun bank berlainan berjumlha RM524,800 antara 28 April hingga 5 Jun.

Beliau berkata, mangsa menyedari dirinya telah ditipu setelah suspek gagal dihubungi lagi melalui nombor-nombor telefon tersebut.

Dalam pada itu, Mohd Azman menyarankan orang ramai untuk membuat semakan senarai syarikat dan laman sesawang yang tidak diberi kebenaran atau kelulusan di www.bnm.gov.my / BNM Telelink 1-300-88-5465 (Bank Negara Malaysia) dan www.sc.com.my / (603) 62048999 (Suruhanjaya Sekuriti Malaysia).

Katanya, orang ramai boleh menghubungi National Scam Response Center (NRSC) di talian 997 jika merupakan mangsa penipuan siber (phone scam, love scam, e-dagang, pinjaman tidak wujud dan sebagainya) dan sekiranya baru sahaja membuat transaksi pemindahan wang ke mana-mana akaun bank atau e-wallet suspek.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru