ARTIKEL

Jurutera muda IEM Miri lawat pencawang Extra High Voltage

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Bahagian Jurutera Muda (YES) Institut Jurutera Malaysia (IEM) Cawangan Miri baru-baru ini telah menganjurkan lawatan sempena sesi libat urus ke Pejabat Sarawak Energy Berhad (SEB).

Diketuai oleh Pengerusi YES-IEM Miri, Francis Liaw Zhen, acara itu menyaksikan penyertaan penuh semangat daripada kedua-dua ahli profesional dan pelajar bidang kejuruteraan yang sebahagian besarnya daripada Fakulti Kejuruteraan dan Sains di Universiti Curtin Malaysia (Curtin Malaysia).

Semasa lawatan tersebut, peserta berpeluang meneroka topik penting seperti Pangkalan Data e-CX, pengukuhan sistem rangkaian dan penyelenggaraan atas talian.

Selain itu, turut diadakan juga perkongsian berkaitan petua untuk menjadi jurutera profesional daripada Pensyarah Kanan Jabatan Kejuruteraan Awam dan Pembinaan, Ir Meheron Selowara Joo.

Sementara itu, kemuncak lawatan itu pula diadakan lawatan ke pencawang Extra High Voltage (EHV), yang memberi peluang kepada peserta memperoleh pengalaman dan pengetahuan langsung berkaitan tujuan dan selok-belok operasi SEB.

Acara itu menyediakan platform berharga untuk pertukaran pengetahuan, rangkaian dan pembangunan profesional, memupuk pemahaman yang lebih mendalam tentang sistem kuasa dan pengurusan infrastruktur dalam kalangan peserta.

IEM ditubuhkan pada 1959 dengan fungsi utamanya mempromosikan dan memajukan sains dan profesion kejuruteraan dalam semua cabang kejuruteraan serta memudahkan pertukaran maklumat dan idea berkaitan kejuruteraan.

Sementara itu, YES pula merupakan kumpulan subsidiari bawah IEM yang mengumpulkan dan memupuk jurutera muda menjadi pemimpin masa depan dalam bidang kejuruteraan masing-masing.

BERITA LAIN

Jambatan Bintulu-Jepak siap 82 peratus

BINTULU: Projek Jambatan Bintulu-Jepak telah mencapai 82 peratus siap dan kekal mengikut jadual untuk tarikh jangkaan siap, kata Timbalan Premier , Datuk Amar Douglas Uggah

Raikan tiga tarikh keramat

SARAWAK, merupakan negeri terbesar di Malaysia dan terletak di pulau Borneo, berkongsi sempadan dengan Sabah, Brunei, dan Indonesia. Sejarah Sarawak bermula jauh sebelum era penjajahan,

Transformasi Penan sejak beberapa dekad

KEMAJUAN pembangunan dan infrastruktur di kawasan Ulu Baram merupakan satu pencapaian signifikan sejak beberapa dekad lalu. Ia dapat dilihat melalui dua aspek utama iaitu keadaan

TPM, menteri ucap Selamat Hari Sarawak

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dan Menteri Persekutuan antara yang mengucapkan Selamat Hari Sarawak yang disambut hari ini kepada seluruh rakyat

BERITA TERBARU

Belematika pemesai reti turai sejarah Sarawak

SIBU: Pengerami ‘722 Run For Sarawak’ udah dikelala nyadi sebengkah pengerami ti besai reti nyerumba Hari Sarawak. Sapit Menteri Pengerai Mensia Mayuh, Pengawa Berumah enggau