ARTIKEL

Juruwang tidak mengaku salah pecah amanah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Seorang juruwang kanan wanita dihadap ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas 16 pertuduhan pecah amanah wang tambah nilai berjumlah RM21,700 milik sebuah pasar raya di sini.

Tertuduh Ivy Estivia Lita, 32, mengaku tidak bersalah atas 16 pertuduhan yang dibacakan secara berasingan di hadapan empat hakim Mahkamah Sesyen berbeza.

Mengikut kesemua pertuduhan, dia bertugas sebagai juruwang kanan di sebuah pasar raya melakukan pecah amanah wang tambah nilai kad keahlian sebanyak 21 transaksi dengan jumlah keseluruhan RM21,700.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu ketika bekerja dalam sebuah pasar raya di pusat beli belah di Jalan Tun Datuk Patinggi Haji Ahmad Zaidi Adruce, pada 5 Januari lepas sehingga 20 Februari lepas.

Oleh itu, dia didakwa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 14 tahun dan sebat dan denda.

Bagaimanapun, Hakim Musli Abdul Hamid, Hakim Saiful Bahari Adzmi dan Hakim Maris Agan masing-masing membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan tunai RM1,000 beserta seorang penjamin tempatan bagi setiap pertuduhan.

Baca lain  Dua lori ditahan cuba menyeludup barang kawalan ke Indonesia

Manakala, Hakim Afidah Abdul Rahman membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan mahkamah RM15,000 tanpa deposit beserta dua penjamin tempatan bagi empat pertuduhan yang dihadapinya.

Pendakwaan kes dikendalikan secara berasingan oleh empat orang Timbalan Pendakwa Raya Iezzah Iburdanisha Ibrahim, Ruvinasini Pandian, Mohammad Fauzan Zamri dan Norshafatihah Nor Azmi.

BERITA LAIN

Dua bot ditahan langgar syarat sah lesen

TANJUNG MANIS: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tanjung Manis menahan dua bot tempatan selepas disyaki melanggar syarat sah lesen dalam satu operasi,

Tiga buruh ditahan positif dadah

MUKAH: Polis Mukah terus membendung aktiviti penyalahgunaan dadah dengan tangkapan tiga lagi lelaki tempatan dalam satu operasi di Jalan Selangau Mukah, semalam. Ketua Polis Daerah

BERITA TERBARU

Muzium Sarawak jalin dengan Jabatan Pendidikan

KUCHING: Jabatan Muzium Sarawak dan Jabatan Pendidikan negeri menjalinkan kerjasama dalam usaha memupuk minat anak muda menghargai dan menghayati sejarah negeri itu. Menteri Pelancongan, Industri Kreatif