ARTIKEL

Jutaan rakyat India lancar mogok, bantah dasar kerajaan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

NEW DELHI: Jutaan rakyat India termasuk pekerja daripada pelbagai sektor perkhidmatan melancarkan mogok terhadap dasar buruh digubal kerajaan, menimbulkan huru-hara perjalanan di seluruh negara.

Tindak balas secara besar-besaran itu tercetus ekoran penentangan dalam kalangan kesatuan sekerja yang menyifatkan penggubalan dasar diterajui penyokong Perdana Menteri India, Narendra Modi itu sebagai ‘antipekerja dan antirakyat’.

Peladang dan mahasiswa dilihat antara yang menyertai mogok dilancarkan 10 kesatuan perdagangan, dengan jumlah keseluruhan keahlian dikatakan melangkaui 250 juta orang.

Perkhidmatan kereta api, bas dan perbankan rasmi negara turut dibakar dalam serangan mogok terbabit sebagai isyarat berang dengan amaran diumumkan kerajaan bahawa ‘kesan’ sewajarnya menanti mana-mana individu yang didapati terbabit dalam gerakan penentangan berkenaan.

Selain menyekat rangkaian landasan kereta api dan jalan, situasi semakin kecoh apabila peserta mogok melaungkan slogan menentang perundangan kerakyatan dibentangkan kerajaan yang disifatkan pembangkang sebagai gerakan anti-Muslim sehingga mengundang demonstrasi besar-besaran.

Di barat Bengal, pemogok menyasarkan lebuh raya utama dan jajaran kereta api, selain membakar tayar di laluan utama menuju ke ibu kota Kolkata.

Berdasarkan maklumat polis, berlaku beberapa pertembungan di Kolkata dan daerah lain antara kumpulan penyokong serta penentang gerakan mogok.

Kerajaan India sebelum ini mengeluarkan amaran kepada peserta mogok bahawa mereka bakal berdepan natijah tertentu, termasuk pemotongan gaji dan tindakan disiplin sekiranya terbabit dalam gerakan penentangan terbabit. – AFP

BERITA LAIN

Trump siarkan video lelaki maut akibat harimau

WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump memuat naik rakaman yang mengemparkan di akaun Truth Social beliau pada Selasa, memaparkan seorang lelaki di Britain yang maut dibaham

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

Urus tanah gambut secara menyeluruh

KUCHING: Sarawak perlu memperkukuh pengurusan tanah gambut secara menyeluruh bagi mencegah kebakaran dan mengurangkan risiko jerebu, terutama menerusi strategi berasaskan sains dan perancangan jangka panjang.