Trending

Kabel elektrik bawah tanah punca projek naik taraf, pembesaran Jalan Matang tergendala

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Talian kabel elektrik bawah tanah menjadi cabaran pihak kontraktor dan Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam menyiapkan projek naik taraf dan pembesaran Jalan Matang di sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong Fazzrudin Abdul Rahman berkata, walaupun kontraktor baharu telah dilantik, ia mengalami sedikit kelewatan ekoran kabel elektrik bawah tanah yang telah berada di jalan Matang ini sejak zaman dahulu. 

Buat masa ini katanya, pihak Syarikat Sesco Berhad (Sesco) tidak mempunyai maklumat terperinci mengenai kabel tersebut dan di mana lokasi kabel ini berada. 

“Oleh itu, pihak Sesco sedang mengenal pasti dan memperincikan jajaran talian kabel ini kerana kita tidak mahu dalam melaksanakan kerja pembinaan kelak, akan berlaku kemalangan jiwa kepada pekerja kontraktor dan pengguna jalan.

“Ia perlu diselenggara dengan baik kerana perkara berkaitan elektrik sangat bahaya jika ia tidak dikawal dengan baik,” katanya pada Majlis Perasmian Bazar Ramadan E-Mart Matang, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kemajuan projek tersebut ekoran kesesakan melampau yang berlaku di jalan Matang.

Menjelas lanjut, Fazzrudin mendedahkan bahawa dalam proses mengenal pasti jajaran talian Sesco ini, projek menaik taraf dan pembesaran Jalan Matang ini akan dilaksanakan peringkat demi peringkat.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

26 November 2023

Berita Terbaru