Kabel rosak, 1,600 pelanggan terjejas

KUCHING: Kerja penggalian oleh kontraktor pihak ketiga Lebuh Raya Pan Borneo telah merosakkan kabel bawah tanah 33kV sekali gus menyebabkan gangguan bekalan kepada penduduk di sepanjang Jalan Bau-Lundu pada 27 Mei.

Sejajar itu, pihak Sarawak Energy segera mengerahkan pasukan teknikal untuk memulihkan bekalan elektrik kira-kira 1,600 pelanggan yang terjejas dalam masa satu jam melalui sumber bekalan alternatif.

Kerja pembaikan kabel bermula pada hari yang sama selepas kontraktor yang didapati bersalah selepas diberikan surat amaran dan arahan berhenti kerja. Salinan surat turut diberikan kepada Kementerian Utiliti, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dan pemilik projek untuk tindakan lanjut.

“Mujur kami mempunyai pemutus litar yang memutuskan bekalan elektrik apabila kabel bawah tanah 33kV terkena ekskavator, mengurangkan risiko renjatan kepada pengendali kenderaan dan mereka kawasan sekitar,” kata Pengurus Wilayah Barat Sarawak Energy, Choo Min Chong.

Kata Min Chong, pihaknya mengambil serius aspek keselamatan dan mahu pihak kontraktor mengambil tindakan yang sama.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 31 Mei 2021

Suara Sarawak