PDRM cari Rizal, belasah pemborong sayur separuh mati

Kabinet lulus wakil Sarawak dan Sabah dalam LHDN, akan dibentang di Parlimen

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz

KUCHING: Kabinet meluluskan cadangan untuk meminda Akta Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) 1995 bagi membolehkan wakil Kerajaan Sarawak dan Sabah menduduki keanggotaan lembaga pengarahnya.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, cadangan pindaan Akta LHDNM 1995 [Akta 533] itu diluluskan oleh Jemaah Menteri pada 30 September lalu dengan memperuntukkan seorang wakil masing-masing dari kedua-dua negeri tersebut.

“Cadangan pindaan ini seterusnya akan dibentangkan ke Parlimen untuk kelulusan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu kata Zafrul, kerajaan telah melantik calon daripada Kerajaan Sabah ke Lembaga Pengarah LHDNM yang mengisi kekosongan ahli profesional pada 1 September 2022.

Namun katanya, cadangan pindaan dipersetujui Jemaah Menteri akan menginstitusikan wakil daripada Sabah dan Sarawak dalam lembaga pengarah LHDNM.

“Di samping itu, ia membolehkan pelantikan wakil daripada kalangan penjawat awam Kerajaan Sabah dan Sarawak.

“Pindaan Akta 533 merupakan tindakan Kerajaan Persekutuan menyusuli permohonan Kerajaan Sabah dan Sarawak yang dipersetujui semasa Mesyuarat Majlis Khas Perjanjian Malaysia 1963 (MKMA63) dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob,” katanya.

Sehubungan itu, beliau percaya pelantikan wakil-wakil Kerajaan Sabah dan Sarawak adalah selaras dengan semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Bahkan kerajaan turut mengalu-alukan sumbangan idea dan kepakaran daripada wakil-wakil kerajaan berkaitan pentadbiran percukaian,” ujarnya.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

30 Mac 2023

Berita Terbaru

Hias meja konsol

HIAS meja konsol harus mengambil kira ruangan bilik untuk memastikan