Kacubung Sari raih tiga gelaran Utama

MUKAH: Kumpulan Tarian Tradisional dari Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Balingian berjaya mengharumkan nama Bahagian Mukah dan Sarawak kerana merangkul tiga gelaran utama di Pertandingan Tarian Sekolah Rendah Peringkat Kebangsaan 2019 di Langkawi semalam.

Sekolah Rendah tersebut yang berada lebih 60 kilometer telah gah di persada seni dan kebudayaan peringkat kebangsaan setelah menerima anugerah Busana dan Tatarias terbaik A, Koreografi Terbaik A dan Anugerah Emas semasa keputusan penuh pertandingan tarian Sekolah Rendah peringkat Kebangsaan 2019 diumumkan di De Baron Resort Langkawi semalam.

Guru Besar, Ahad Damit semasa dihubungi Suara Sarawak (SS) terdahulu mengucapkan tahniah kepada Warga SK Kuala Balingian, Jurulatih Tarian, semua peserta dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Kuala Balingian atas kejayaan tersebut.

Menurut Ahad lagi, saya yang turut ikut rombongan ini berasa sungguh bangga dan terkilan sekali atas kejayaan kumpulan Kecubung Sari yang mewakili Sarawak kali ini.

“Tahniah kepada guru pembimbing Fabian Philip (pengurus pasukan/guru koreografer), Baduyah Mahali (Wakil Ibu bapa) Fadly Matzen, Suut Muluk (guru pengiring ) serta kepada barisan penari yang terdiri daripada Lester Ladi Gasah, Mohamad Amirul Hakimi Abdullah, Shwezanneger Selanjat Bala, Brandon Dirly Bala, Gendin Gelanggang, Jacqulyn Mary Jumri, Maurice Anika Dick Kennedy, Veronica Lenny Kesing dan Marsya Humaira Putit kerana telah sama-sama merealisasikan matlamat, “tambahnya lagi.

Kami berangkat balik ke Sarawak pada hari ini dan akan tiba di sekolah pada sebelah petang.