ARTIKEL

Kad akses untuk OKU

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

ESOK seluruh dunia meraikan Hari Orang Kurang Upaya (OKU) Sedunia – hari istimewa yang diperkenalkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu sejak tahun 1992.

Selamat Hari OKU kepada 637,537 OKU seluruh Malaysia terutama 42,774 OKU di Sarawak.

Golongan istimewa ini bukan sekadar diraikan pada esok hari, tetapi setiap hari kerana mereka memerlukan perhatian kita orang normal.

Dalam apa-apa keadaan sekalipun, utamakan mereka ini.

Disebabkan keistimewaan mereka, kita perlu meraikan mereka dalam hidup kita.

Ada banyak cara untuk kita meraikan OKU. Cuma mahu atau tidak kita mengadaptasikan cara ini dalam hidup.

Paling utama, lihat layanan kita kepada OKU. Paling mudah, lihat layanan kita kepada mereka ketika menggunakan pengangkutan awam, di dalam lif serta tempat parkir kereta atau motosikal khas untuk OKU.

Situasi ini dapat kita lihat setiap hari.

Malah ada video pendek di Internet menceritakan layanan kepada mereka yang OKU.

Walaupun tanpa dialog, kita boleh faham perasaan mereka apabila perlu pula memberikan keutamaan kepada orang yang normal. Video pertama di dalam lif.

Semua orang berebut-rebut masuk ke dalam lif sebab hendak ke pejabat sehingga seorang lelaki sebagai orang terakhir masuk ke dalam lif. Sistem penggera lif pula berbunyi, bermaksud lebih muatan.

Masing-masing melihat antara satu sama lain.

Ada yang purapura terutama individu paling akhir masuk ke dalam lif tadi.

Masingmasing mungkin berkata di dalam hati sambil melihat orang lain,

“Kau yang perlu keluar, aku lewat ni.”

Tiba-tiba seorang wanita mula bergerak keluar.

Tindakannya melegakan orang lain.

Namun mengejutkan, dia bertongkat — kategori OKU.

Terkesima melihat wanita itu?

Memang terkesima, tetapi tiada seorang pun keluar dan meminta wanita OKU tadi masuk semula ke dalam lif.

Langsung tiada tindakan merelakan diri keluar dari lif hingga pintu lif tertutup.

Di akhir video, wanita OKU tadi berpaling sambil tersenyum ke arah semua penumpang lif tadi.

Apakah yang wanita itu akan cakap?

Saya pun tidak tahu.

Video kedua, cerita berlaku di dalam bas.

Seorang lelaki marahmarah dengan seorang lelaki muda, mungkin berusia 20-an yang duduk di kerusi bas sambil mendengar muzik menggunakan fon kepala.

Dia tidak perasan orang marah dia.

Penumpang lain juga demikian — tidak puas hati sedangkan ada orang lain memerlukan tempat duduk.

Perasan dimarah, dia cuba menerangkan keadaannya tetapi tidak dipedulikan.

Tidak mahu lelaki tadi terus marah dan memakinya, dia terus berdiri dan berpaut pada tiang di dalam bas.

Mengejutkan semua penumpang, dia bertongkat dan lebih dari itu, sebelah kakinya tiada.

Penumpang lain memujuknya untuk duduk, namun dia enggan lagi mungkin kerana terkesan dengan kemarahan penumpang lain — lelaki yang marah tadi mula rasa malumalu.

Jadi, apakah perasaan lelaki OKU itu?

Saya pun tidak tahu. Cerita ketiga, curi petak parkir OKU.

Pencuri parkir ini adalah orang yang normal yang langsung tidak malu.

Ada ketika, pemandu kereta tadi boleh bergurau — meniru berjalan seperti individu OKU apabila orang lain memerhatikan tindakannya.

Curi parkir kereta ini sering berlaku yang sangat-sangat menyusahkan OKU.

Kad akses OKU Mungkin tiba masanya diwujudkan kad akses khas untuk golongan ini, yang boleh digunakan di mana-mana.

Ia mungkin seperti kad OKU yang berdaftar dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), tetapi ditambah ciri-ciri khas.

Misalnya, seperti kad pengenalan ataupun kad Touch & Go ataupun kad diskaun pasar raya yang mempunyai cip atau kod QR untuk diimbas oleh mesin imbasan bagi mengesahkan pemegang kad benar-benar OKU.

Kad ini mungkin boleh digunakan untuk memasuki kawasan parkir kenderaan sama ada di luar atau di dalam pusat beli-belah atau manamana premis yang menyediakan parkir khas untuk golongan kurang upaya ini.

Pada masa yang sama, perlu ada mesin pengimbas pengesahan kad OKU.

Maknanya, sebelum memasuki petak parkir, kad tadi digunakan untuk akses masuk.

Jika bukan pemegang kad OKU, kenderaan yang digunakan tidak dibenarkan masuk — penghadang tidak akan dibuka.

Mudah faham, mesin ini seperti mesin pengimbas nombor kenderaan yang masuk dan keluar dari pusat beli-belah.

Mana-mana pemandu yang belum membuat bayaran parkir, penghadang secara automatik tidak akan dibuka.

Jadi, pemandu perlu keluar untuk menjelaskan bayaran parkir jika hendak keluar.

Jadi, sebagai tanggungjawab sosial korporat, semua premis boleh menyediakan ruang parkir yang hanya boleh diakses oleh OKU.

Dalam dunia moden sekarang yang teknologi terkini berada di manamana, saya yakin tiada masalah untuk menyediakan parkir khas yang hanya boleh diakses oleh golongan istimewa ini.

Dan saya yakin, kementerian peringkat Persekutuan dan negeri yang menaungi OKU tidak keberatan jika diwujudkan kad akses khas ini.

Malah kad ini mungkin boleh dipelbagaikan fungsinya seperti bagi mendapatkan diskaun membeli-belah di pasar raya atau dalam talian.

Dan mungkin pengenalan Identiti Digital Nasional atau ID Digital oleh Perdana Menteri semalam boleh sebagai permulaan bagi mewujudkan akses khas kepada OKU seluruh negara.

Pasti ada cara untuk memastikan ia terlaksana.

Pada pandangan saya, usaha ini penting kerana OKU mewakili 10 peratus daripada keseluruhan 33 jiwa Malaysia.

Daripada jumlah itu, 35,169 lelaki dan 20,071 perempuan OKU penglihatan, seramai 23,240 lelaki dan 19,412 perempuan OKU pendengaran, seramai 2,191 lelaki dan 1,206 perempuan OKU pertuturan, sebanyak 147,353 lelaki dan 71,865 perempuan OKU fizikal, sebanyak 159,576 lelaki dan 76,155 perempuan OKU pembelajaran dan sebanyak 31,603 lelaki dan 20,809 perempuan OKU mental.

Di Sarawak sendiri, seramai 42,774 OKU berdaftar dengan 4,780 OKU penglihatan, OKU pendengaran (2,799), OKU pertuturan (258), OKU fizikal (11,758), OKU pembelajaran (16,592), OKU mental (4,904 ) dan OKU pelbagai (1,683).

Selain meraikan, usaha ini juga dapat menyejahteraan OKU dalam semua bidang sosial dan pembangunan, seterusnya meningkatkan kesedaran tentang kepentingan masyarakat sebagai tanggungjawab bersama untuk memberi penghormatan dan pengiktirafan kepada golongan ini.

Ketika belum ada kad akses ini, kita perlu memastikan OKU mendapat akses sepatutnya.

Jangan curi ruang khas untuk OKU di dalam lif, di dalam pengangkutan awam dan jangan pula cuba curi lot parkir khas untuk golongan kurang upaya ini.

LAIN-LAIN BERITA

Kisah Prabowo panglima terbuang

BERDASARKAN hitung pantas, Prabowo Subianto sudah hampir pasti akan mengangkat sumpah sebagai Presiden Republik Indonesia ketujuh pada Oktober depan. Kiraan pantas dan tidak rasmi tersebut

Selidik pemungut derma

MENURUT pprm.dbp.gov. my derma ialah pemberian yang ikhlas berupa wang dan lain-lain kepada orang miskin; dan juga bantuan wang kapada kumpulan (yayasan dan lain-lain). Mudah

Kematian semakin dekat

KEMATIAN, sebagai satusatunya kepastian dalam kehidupan manusia, menghantui fikiran manusia sejak awal zaman.  Kehidupan pasti diakhiri dengan kematian sebagaimana firman Allah SWT dalam al-Quran surah

Presiden kelapan bulan sepuluh

KIRAAN cepat (quick count) sejumlah badan bebas berkaitan Pemilihan Presiden (Pilpres) Indonesia 2024 pada Sabtu, 17 Februari, menunjukkan pasangan PrabowoGibran unggul teratas. Mereka meraih 58.48

Bahaya bah betina

SEKALI air bah, sekali pantai berubah. Sekali banjir melanda, air masuk rumah, keseluruhan isi di dalam rumah berubah. Banjir suatu fenomena alam yang sentiasa melanda

Kenapa perlu belanja lebih?

KETIKA melayari media sosial seperti Facebook, hampir setiap rakan alam maya atau netizen berkongsi mengenai bebanan hidup yang dialami disebabkan kenaikan harga barangan keperluan. Kos

BERITA TERBARU

Berita yang menyedihkan – Datuk Sim Kiang Chiok

KUCHING : Pengerusi Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sarawak (SHEDA) Cawangan Kuching Datuk Sim Kiang Chiok, menyifatkan pemergian bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Abdul Taib

Projek ART Johor bechuntoka pemujur Sarawak

KUCHING: Sistem Transit Aliran Autonomi (ART) di Sarawak deka nyadi malin ungkup projek ART ti deka dipejalai di nengeri Johor. Perintah Nengeri Johor benung ngelanggur