ARTIKEL

Kadar jangka pendek kekali stabil hari ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional dianggarkan RM36.40 bilion dan RM15.70 bilion dalam dana Islam.

Hari ini, bank pusat akan menjalankan tender pasaran wang konvensional sebanyak RM1 bilion dan tender Qard RM500 juta, masing-masing bertempoh tujuh hari.

Ia juga akan mengendalikan dua tender repo berbalik, iaitu tender RM1.5 bilion selama 31 hari dan tender RM500 juta untuk 92 hari.

Selain itu, BNM mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu hingga tiga bulan.

Pada 4 petang, BNM akan menawarkan sehingga RM37.4 bilion untuk tender semalaman konvensional dan RM15.2 bilion bagi tender semalaman Murabahah.

– Bernama

BERITA LAIN

Kertas siasatan kes pembunuhan Nur Farah hampir siap

KUALA LUMPUR: Kertas siasatan berhubung kes pembunuhan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Nur Farah Kartini Abdullah kini hampir siap dan dijangka diserahkan kepada Timbalan Pendakwa

BERITA TERBARU