ARTIKEL

Kadar jenayah di Selangor meningkat lima peratus

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SHAH ALAM: Kadar jenayah di Selangor menunjukkan peningkatan sebanyak lima peratus bagi tempoh lima bulan pertama tahun ini kepada 5,779 kes jenayah berbanding 5,484 kes yang dicatatkan tempoh sama, tahun lepas. 

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata antara kes yang mencatatkan peningkatan ialah jenayah seksual dalam kalangan pelajar bawah 18 tahun dan keganasan rumah tangga. 

“Bagaimanapun tidak perlu diresahkan kerana peningkatan ini masih dalam keadaan terkawal dan jumlah jenayah ini masih di bawah paras yang ditetapkan oleh Pelan Strategik Polis Diraja Malaysia (PDRM). Jumlah itu masih di paras rendah,” katanya pada sidang media selepas Program Kesedaran Autisme PDRM Selangor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor hari ini.

Hussein berkata dalam usaha mengekang peningkatan kes jenayah di negeri itu, pihaknya akan meningkatkan jumlah rondaan serta kempen di sekolah kawasan bersasar dan titik panas selain mengukuhkan jaringan kerjasama dengan pihak badan bukan kerajaan dan swasta. 

Ketika ditanya perkara yang mendorong kanak-kanak dan pelajar terjerumus dalam jenayah seksual, beliau berkata pihaknya percaya pendedahan dan juga akses berlebihan kepada sosial media antara punca utama selain kurang kawalan dan kesedaran daripada ibu bapa. =

Mengulas mengenai seorang lelaki yang mati ditembak berhampiran Balai Polis Sungai Jarom, Kuala Langat bulan lepas, Hussein berkata elemen pergaduhan, dendam dan kongsi gelap antara motif disiasat oleh pihaknya.

“Siasatan mendapati mangsa terlibat dalam aktiviti pemerasan serta kegiatan lain melibatkan kongsi gelap. Polis percaya mangsa juga dipercayai ahli kongsi gelap yang terlibat dalam kegiatan pemerasan.

“Pihak kami sedang melakukan siasatan lanjut termasuk mengumpul keterangan selain beberapa rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) juga telah dianalisis,” katanya.

Mengenai program hari ini, Hussein berkata pihaknya bercadang untuk menubuhkan pusat autisme sendiri di IPK Selangor, bagaimanapun cadangan itu masih diperingkat awal dan memerlukan kajian mendalam supaya realistik dan praktikal. – BERNAMA

BERITA LAIN

FAHMI KECAM TINDAKAN UGUT, ANCAM KESELAMATAN WARTAWAN

KUCHING: Kerajaan memandang serius dakwaan ahli politik menyerang dan mengugut wartawan sebuah portal berita berbahasa Tamil baru-baru ini.Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata beliau berpendirian bahawa

BERITA TERBARU