Resepi DEBM menyakiti hati dari menantu yang tersakiti

Kadar Jenayah Indeks Kota Samarahan menurun 6.59 peratus

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Brodie Brangka menjawab soalan pemberita.

KOTA SAMARAHAN: Kadar Jenayah Indeks di sini menurun sebanyak 6.59 peratus pada tahun lalu dengan 312 kes direkodkan, berbanding sejumlah 334 kes dilaporkan pada tahun sebelumnya.

Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, Deputi Superintendan Brodie Brangka berkata, angka tersebut menyaksikan penurunan sebanyak 22 kes melibatkan pelbagai kesalahan.

“Antara penyumbang utama indeks jenayah di Kota Samarahan melibatkan kes kecurian serta kes curi motosikal,” katanya ketika ditemui pemberita pada Hari Pelanggan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Samarahan, di The Garden, Pasar raya Farley, di sini hari ini.

Brodie Brangka menjawab soalan pemberita.

Sehubungan itu kata Brodie, pasukannya akan mempergiatkan usaha bagi membanteras kes kecurian dan pecah rumah yang berlaku di sekitar Kota Samarahan.

Sementara itu, Brodie berkata orang ramai turut berpeluang membayar saman tertunggak terpilih sempena Hari Bersama Pelanggan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) IPD Kota Samarahan bermula semalam hingga 2 Februari ini.

Katanya, sebanyak 50 peratus diskaun bagi kesalahan trafik terpilih ditawarkan kepada orang ramai.

Sempena Hari Bertemu Pelanggan JSPT IPD Samarahan pada 1 dan 2 Februari ini, orang ramai berpeluang membayar saman tertunggak dengan diskaun sehingga 50 peratus.

“Pembayaran saman boleh dilakukan di kaunter yang dibuka Farley Kota Samarahan dan kaunter trafik IPD Kota Samarahan bermula jam 8 pagi hingga 4 petang.

“Bagaimanapun, pengurangan tidak diberikan kepada saman kemalangan, saman lampu isyarat merah, saman berstatus Op Selamat, waran mahkamah dan memotong secara berbahaya.

“Selain itu, pengurangan juga tidak diberikan melibatkan saman memotong menggunakan lorong kecemasan, memotong garisan berkembar, ubah suai ekzos, saman tidak boleh kompaun (NC) dan kesalahan melibatkan lori,” katanya.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

24 Mac 2023

Berita Terbaru

Bali rai Hari Nyepi

BALI: Pulau peranginan terkenal Indonesia, Bali kelihatan sunyi kerana penduduk