KUCHING: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memberikan Kadar Khas Bayaran Saman bermula 21 April sehingga 21 Mei 2023 bagi semua saman trafik PDRM (kesalahan tahun 2022 dan sebelumnya).
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata setiap saman boleh dilunaskan dengan kadar harga RM50 dan kadar khas itu tidak terpakai bagi saman trafik
yang dikeluarkan pada tahun 2023.
Justeru, katanya bagi memastikan kelancaran perjalanan pengguna jalan raya sempena Hari Raya Aidilfitri, PDRM akan melaksanakan Op Lancar pada 18 and 19
April 2023 dengan memfokuskan kepada laluan yang dijangka mengalami kesesakan.
“Selanjutnya, Op Selamat 20 pula akan dilaksanakan bermula 20 April 2023 bagi tempoh tujuh hari dengan tema ‘Rumah Selamat, Selamat Sampai ke Destinasi’,” katanya dalam perutusan khas sempena Aidilfitri 2023, hari ini.
Selain itu, Perdana Menteri berkata sempena Aidilfitri yang mulia, Jabatan Penjara Malaysia akan melaksanakan pelepasan Orang Bebas Berlesen (OBB) di bawah Program Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) Ihsan MADANI (Kepulangan Yang Dinanti).
Katanya ikhtiar berkenaan memberi peluang kepada penghuni penjara beragama Islam untuk merayakan Aidilfitri bersama keluarga tercinta selain penghuni
agama lain juga berpeluang mengeratkan hubungan kekeluargaan.
“Pelepasan OBB ini dilaksanakan di seluruh institusi Penjara Malaysia melibatkan pelepasan lebih 1,000 OBB sepanjang bulan Ramadan dan Syawal,” katanya.