Kadar pengangguran dijangka terus pulih
KOTA BHARU: Kerajaan menjangkakan kadar pengangguran pulih menjelang pertengahan tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Beliau berkata kadar pengangguran pada Januari 2021 ialah 4.9 peratus iaitu lebih rendah berbanding 5.3 peratus yang dicatatkan pada Mei 2020.
“Pada Mei 2020 peratusan kadar pengangguran ialah 5.3 peratus tertinggi dalam tempoh pandemik COVID-19, namun pada awal tahun ini (kadar pengangguran) berada hanya 4.3 peratus.

Suara Sarawak