ARTIKEL

Kadar pengangguran pada awal Q2 2021 menurun

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Kadar pengangguran di Malaysia bagi April 2021 merekodkan penurunan kepada 4.6 peratus atau pengurangan seramai 10,500 orang, iaitu kadar yang terendah sejak Oktober 2020, kata Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.

Beliau berkata, pengurangan 0.1 mata itu menjadikan jumlah penganggur kini seramai 742,700 orang berbanding 753,200 pada Mac tahun ini.

Jelas beliau, penurunan itu berikutan situasi tenaga buruh Malaysia pada April 2021 terus berada di landasan pemulihan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Pemulihan dan PKP Bersyarat (PKPB) di kebanyakan tempat, membuka lebih banyak peluang kepada perniagaan meneruskan aktiviti dalam kapasiti penuh dengan pematuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

“Prospek perniagaan yang lebih baik turut digambarkan melalui prestasi Indeks Pelopor (IP) bagi Mac 2021 yang mencatatkan peningkatan sebanyak 1.8 peratus bulan ke bulan (Februari 2021: 1.1%).

“Justeru, bilangan tenaga buruh pada April 2021 mencatatkan peningkatan bulan ke bulan sebanyak 0.1 peratus (12,200 orang) merekodkan 16.09 juta orang (Mac 2021: 16.08 juta orang), manakala kadar penyertaan tenaga buruh (KPTB) bagi bulan tersebut kekal pada 68.6 peratus,” katanya dalam kenyataan berkenaan laporan Statistik Tenaga Buruh Malaysia April 2021.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 11 Jun 2021

BERITA LAIN

Polis mohon bantuan cari kanak-kanak hilang

JOHOR BAHRU: Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun yang dilaporkan hilang sejak 20 Mei lepas. Ketua Polis Daerah

PDRM

Warga emas ditemui maut dalam longkang

IPOH: Seorang lelaki warga emas berusia 63 tahun ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh dalam longkang besar Sungai Pinji, Kampung Sungai Rapat, di sini semalam. Ketua

BERITA TERBARU

RM35,000 untuk ganti paip graviti lama

PAKAN: Sejumlah RM35,000 telah diperuntukkan kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Entaih bagi membeli dan menggantikan batang paip graviti lama sekolah tersebut untuk kegunaan seharian mereka.