ARTIKEL

Kaedah baharu industri penternakan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

INDUSTRI penternakan menggunakan sistem permanian berhadas boleh memberi kesan positif kepada penternak lembu dan kambing di Sarawak.

Pembiakan melalui teknologi ini dilakukan menggunakan peralatan khas dengan mengambil kira aspek baka yang bermutu dengan nilai pasaran tinggi.

Pemilik Syarikat Maju Ternak Albarakah, Syed Razuan Ali berkata, penternak tempatan di Kuching berjaya membangunkan sistem itu sejak lima tahun lalu.

Jelasnya, selain menjamin 90 peratus produktiviti, ternakan yang dilahirkan melalui kaedah itu membesar dengan sihat dan dibiakkan di kandang secara berjadual.

“Dengan kaedah ini, kita yang menguruskan masa untuk menternak.

Pemilihan ditentukan oleh kita sendiri sama ada untuk menghasilkan baka lembu mengikut jenis yang kita mahukan.

“Setakat kami memilik pelbagai jenis benih termasuk Shayroley, Limousin, Belgium Blue dan lembu tenusu.

“Untuk sementara waktu kami menggunakan baka Brahman untuk mengeluarkan benih yang baik,” katanya.

Dari segi pengaturan proses pengawanan juga boleh dilakukan mengikut masa dan kesesuaian.

“Kita boleh menjaga kualitinya, beri makanan, dan sebagainya berbanding kaedah lama — lembu ini dilepaskan dengan harapan ia mengawan dengan lembu betina dan melahirkan anak.

Baca lain  Inai dalam adat perkahwinan Melayu

“Namun, selepas menunggu empat hingga lima tahun, tidak juga menghasilkan anak lembu.

Tetapi dengan sistem teknologi moden ini, kita ternak hari ini, mungkin tahun depan lembu kita boleh melahirkan anak dengan sistem permanian berhadas,” ujarnya.

Di ladang ternakannya, memiliki tabung nitrogen yang menghimpun 300 ke 400 benih lembu yang diimport dari Perancis, dan ini antara teknologi moden yang diaplikasikan di ladang bagi memastikan kualiti lembu terbaik dapat dihasilkan demi masa depan pembiakan ataupun penternakan lembu di dalam negara khususnya di Sarawak.

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

Erat hubungan bersama komuniti

KEMERIAHAN sambutan Aidilfitri masih dirasai sempena Program Jiwa Madani bersama-sama Komuniti anjuran Ikmas di Dataran Ikmas, baru-baru ini. Program dihadiri tetamu jemputan khas iaitu Pengarah

TAUTAN KASIH MADANI AGENSI ISLAM

IKMAS baru-baru ini mengadakan Program Tautan Kasih Madani sempena Majlis Ramahtamah Agensi Islam Sarawak di Dewan Kompleks Islam Sarawak. Majlis diraikan dengan penuh kemeriahan dan

Perkasa komuniti celik digital

SETIAP tahun, 17 Mei dijadikan sambutan Hari Telekomunikasi dan Masyarakat Berinformasi Sedunia yang diraikan bagi mengiktiraf peranan penting teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam membentuk

Anak cerminan ibu bapa

IBU bapa merupakan pendidik pertama anak. Segala tingkah laku anak sering dikaitkan dengan cara ibu bapa membesarkan mereka. Dalam konteks ini, anak mudah belajar dengan

Guru didik anak bangsa berjaya

SAMBUTAN Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2024 bertemakan “Guru Jauhari Digital, Aspirasi Negara MADANI” diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sultan Ahmad Shah (SASICC), Kuantan, Pahang, 14

Banyak program khas

MELIHAT kejayaan pelaksanaan program belia dalam suku pertama tahun ini, Ikram Kawasan Bintulu membuat perancangan untuk meluaskan program khas buat belia. Menggunakan landskap yang digemari

BERITA TERBARU

Thailand perlu pertimbang pindahkan ibu negara

BANGKOK: Thailand mungkin perlu mempertimbangkan untuk memindahkan ibu negaranya, Bangkok kerana paras air laut yang semakin meningkat, kata seorang pegawai kanan di pejabat perubahan iklim

Eksport produk kayu menurun

KUCHING: Prestasi nilai eksport produk perkayuan Sarawak merekodkan penurunan sebanyak sembilan peratus dengan sebanyak RM682 juta berbanding RM752 juta untuk tempoh sama tahun lalu. Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali

Sule jual kenderaan mewah 

PELAWAK Indonesia Sule, menjual kenderaan mewah miliknya yang terdiri daripada Ford Mustang, Porsche, Jeep Wrangler dan Mercedes Benz kerana tidak digunakan. Sule mengatakan dia menjual

Erat hubungan bersama komuniti

KEMERIAHAN sambutan Aidilfitri masih dirasai sempena Program Jiwa Madani bersama-sama Komuniti anjuran Ikmas di Dataran Ikmas, baru-baru ini. Program dihadiri tetamu jemputan khas iaitu Pengarah