ARTIKEL

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar (tengah) bersama Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datin Paduka Hakimah Mohd Yusoff (kiri) dan Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) JAKIM Datuk Dr. Sirajuddin Suhaimee (kanan) ketika pelancaran Pelan Tindakan Agensi Agama Bagi Orang Kurang Upaya Muslim 2024-2028 di Kompleks Islam Putrajaya, hari ini.

Kaedah Sulh semakin diterima, bantu selesai konflik kekeluargaan menerusi mediasi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Hampir 90 peratus daripada 11,921 kes konflik kekeluargaan yang didaftarkan oleh Majlis Sulh pada tahun lalu berjaya diselesaikan menerusi penyelesaian bersama antaranya melibatkan kaedah runding cara, mediasi, sesi kaunseling perkahwinan dan timbang tara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata peningkatan (1.43 peratus) berbanding 2022 itu menunjukkan kaedah Sulh terbukti berkesan dalam menyelesaikan konflik kekeluargaan dan semakin diterima masyarakat.

Beliau berkata penyelesaian pertikaian melalui Sulh juga telah memberi impak amat positif kepada jumlah kes-kes tertunggak di mahkamah-mahkamah Syariah.

“Pihak-pihak yang bertikai juga akan mendapat keadilan dengan segera lantaran tempoh yang diambil untuk menyelesaikan sesuatu kes lebih singkat berbeza dengan penyelesaian melalui perbicaraan penuh di hadapan Hakim.

“(Justeru) penyelesaian melalui perbicaraan di dewan-dewan mahkamah Syariah selayaknya menjadi pilihan terakhir, kerana dengan cara perbicaraan, aib pihak-pihak akan terdedah, lebih teruk lagi ia meluaskan jurang permusuhan dan kasih sayang sesama insan,” katanya.

Na’im berkata demikian dalam ucapan sempena Program Sulh Outreach, dengan kerjasama Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur di sini hari ini.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

SUKMA: Sarawak sasar 70 pingat emas – Abdul Karim

KUCHING: Sarawak menyasarkan kutipan sekurang-kurangnya 70 pingat emas dalam misi memburu gelaran juara kali keempat pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21 yang dijadual berlangsung dari