PELAKON Project High Council, Amir Ahnaf yang memainkan watak sebagai Kahar menjelaskan watak “Kahar” itu bukanlah dirinya, namun hanyalah lakonan.
Menerusi temubual media tempatan, finalis Hero Remaja 2021 itu berkata, beliau lebih dikenali sebagai seorang yang lemah lembut dalam percakapan dan kebanyakan masanya tidak bercakap.
Malah, keluarganya sendiri turut tidak menyangka kemenjadian watak Kahar dalam cerita tersebut sangat berbeza dengan perwatakan Amir sendiri di rumah.