ARTIKEL

Kaji guna teknik pirolisis untuk lupus sampah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Kerajaan Sarawak kini sedang mengkaji untuk menangani masalah pelupusan sampah plastik menggunakan teknik pirolisis bagi menguruskan isu lambakan sisa sampah daripada terus meruncing di negeri ini.

Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar, Datuk Dr. Hazland Abang Hipni berkata, kajian itu kini sedang dilaksanakan oleh syarikat pengendali Sistem Pengurusan Sisa Bersepadu Sarawak, Trienekens (Sarawak) Sdn Bhd dengan kerjasama syarikat dari Singapura.

“Semua sedia maklum bahawa sifat plastik tidak mudah terurai menjadi isu pencemaran alam sekitar.

Disebabkan itu, Trienekens menjalankan kajian untuk melupuskan sampah plastik tersebut.
“Satu daripada kajian itu adalah melalui teknik pirolisis.

Justeru sampah plastik di Sarawak akan dihantar ke Singapura dan diuruskan oleh syarikat Shell dan Semakau Landfill di negara itu.

Insya-Allah kajian sedang dijalankan ketika ini untuk menguruskan sisa plastik di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Tiga K (Kebersihan, Kecantikan dan Kejiranan Contoh) Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) 2023 di Hotel Riverside di sini, semalam.

Teknik pirolisis adalah cara mereput plastik menggunakan haba untuk memproses sisa plastik tanpa oksigen, mengakibatkan gas, minyak dan lilin yang boleh digunakan sebagai bahan asas industri.
Pada masa sama, Dr Hazland turut mendedahkan Kerajaan Sarawak berjaya menahan lima kontena besar yang mengandungi sisa sampah plastik untuk dilupuskan secara haram di Kuching beberapa bulan lepas.

“Kita berjaya menahan lima kontena besar yang penuh dengan plastik untuk dibuang ke Kuching.

“Pihak bertanggungjawab berjaya mematahkan usaha itu dan mencari dalang di sebalik kerja-kerja tidak bertanggungjawab ini dan ia adalah antara cabaran perlu dihadapi kerajaan selain mentaliti rakyat dan cara pengurusan sampah,” katanya.

Pada masa sama kata Dr Hazland, usaha Kerajaan Sarawak melaksanakan Kempen Pengumpulan Buangan Elektrikal dan Elektronik (BEE) merupakan insiatif berterusan bagi meningkatkan kepentingan kesedaran terhadap penjagaan alam sekitar.

Katanya, ia penting kerana boleh menyumbang kepada pengurangan suhu dan perubahan iklim berikutan pelaksanaan inisiatif tersebut adalah strategi untuk mengubah pemikiran, mentaliti dan sikap manusia.

“Saya yakin dan percaya dengan adanya program dilaksanakan oleh DBKU dengan kerjasama kementerian saya, insya-Allah kita akan dapat membangunkan pengurusan Sisa Buangan-KepadaTenaga (WTE) di Sarawak.

“Malah setakat ini, kita sudah merangka pelbagai program WTE di Sarawak untuk menukar semua sampah-sampah biojisim kepada sumber tenaga baharu yang jauh lebih bermanfaat, sekali gus menjana ekonomi Sarawak.

“Ia antara usaha sedang dijalankan Kerajaan Sarawak melalui program yang teratur dan sistematik supaya dapat menyumbang terhadap mitigasi perubahan iklim selain memberi manfaat kepada rakyat,” ujarnya.

LAIN-LAIN BERITA

SEDAR mahu belajar daripada GPS untuk majukan Sabah

KUCHING: Parti Sedar Rakyat (SEDAR) bersedia untuk mengadakan rundingan kerjasama dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS). Presidennya, Datuk Othman Abdillah berkata, usaha itu bagi memastikan Sedar

Cubaan tiga lelaki curi kereta gagal

KOTA SAMARAHAN: Cubaan tiga lelaki melarikan sebuah kereta di Taman Uni Garden gagal apabila diberkas polis selepas terbabas di Jalan Stutong, pada malam Selasa. Pemangku

BERITA TERBARU