Semua sekolah di Sarawak akan dinaik taraf mengikut standard tertentu

Kaji mekanisme simpan, dagang karbon

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
FOTO: RAMIDI Caption: Len Talif merasmikan Seminar Ekspedisi Saintifik HoB ke Hutan Simpan Gunung Pueh di Kuching, hari ini.

KUCHING: Para penyelidik digesa untuk menekankan kajian mengenai mekanisme penyimpanan dan perdagangan karbon di kawasan Jantung Borneo (HoB) bagi mengukuhkan pengurusan hutan di negeri ini.

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Datuk Len Talif Salleh berkata, Hob yang masih memiliki lebih 50 peratus kawasan hutan akan menjadi tempat yang penting untuk penyimpanan karbon.

FOTO: RAMIDI
Caption: Len Talif merasmikan Seminar Ekspedisi Saintifik HoB ke Hutan Simpan Gunung Pueh di Kuching, hari ini.

“Usaha itu sejajar dengan pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Kanun Tanah 2022 yang bakal meneroka aktiviti karbon di negeri ini bagi meningkatkan pendapatan melalui dasar ekonomi hijau.

“Dalam masa yang sama, penerokaan karbon ini dapat meminimumkan aktiviti pembalakan hutan secara perlahan-lahan dan menggalakkan penanaman semula hutan” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Seminar Ekspedisi Saintifik HoB ke Hutan Simpan Gunung Pueh di sini, hari ini.

Menurutnya, HoB merupakan kerjasama Malaysia, Brunei dan Indonesia bagi mengurus kawasan merentas sempadan Borneo meliputi sekitar 240,000 kilometer persegi (km2) yang memberi tumpuan terhadap kebajikan rakyat, pemuliharaan biodiversiti dan perlindungan alam sekitar.

Menyentuh mengenai ekspedisi tersebut, beliau berkata ia merupakan langkah penting dalam usaha untuk meningkatkan kapasiti negeri dalam menguruskan hutan serta melengkapkan pelbagai penyelidikan dan kajian mengenai kawasan rizab.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

23 Mac 2023

Berita Terbaru