ARTIKEL

Kaji model pencukaian lebih teratur

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Kerajaan melaksanakan strategi hasil jangka sederhana bagi mengkaji model pencukaian negara untuk tempoh tiga tahun dalam memastikan perancangan cukai jangka panjang adalah lebih teratur, kata Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Beliau berkata, model pencukaian negara pada masa ini tidak mampan dalam mengawal kadar hutang negara yang tinggi.

Menurutnya, ini berikutan jumlah Keluaran dalam negara kasar (KDNK) negara pada tahun ini adalah sekitar RM1.9 trilion daripada enam tahun purata jumlah hasil cukai kepada KDNK iaitu 11.55 peratus, antara yang terendah berbanding negaranegara Asean.

“Antara langkah kerajaan adalah menerusi pemberian subsidi bersasar, selain meluaskan asas hasil cukai, menambah baik, menyemak semula struktur dan perundangan cukai serta memberi insentif-insentif pencukaian,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat pada Khamis.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Datuk Seri Johari Abdul Ghani (BNTitiwangsa) berhubung tindakan kerajaan untuk menyelaras cukaicukai yang dikutip bersesuaian dengan negara Asean untuk meneruskan pembayaran hutang bagi membiayai faedah dan subsidi.

Sementara itu, Ahmad berkata, kerajaan akan membentangkan Akta Tanggungjawab Fiskal di Parlimen pada tahun ini untuk membantu kerajaan mengawal selia kaedah negara membelanjakan wang.

Katanya tumpuan kerajaan pada masa ini adalah berasaskan tiga aspek iaitu mengukuhkan kedudukan fiskal negara, meningkatkan hasil dan menstrukturkan ekonomi. – Bernama

BERITA LAIN

Kerajaan fokus selesai isu kos sara hidup

KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berkata kerajaan akan terus melaksanakan dasar-dasar yang mampu mengangkat martabat rakyat, termasuk dalam menyelesaikan isu berkaitan kos sara hidup.

BERITA TERBARU