ARTIKEL

Adun Baleh Nicholas Kudi Jantai

Kaji semula cadangan aktiviti perlombongan arang batu – Nicholas Kudi Jantai

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Adun Baleh Nicholas Kudi Jantai meminta Kerajaan Sarawak agar mengkaji semula cadangan aktiviti perlombongan arang batu di kawasan di hulu Sungai Tunoh, Entuloh dan Merirai.

Beliau berkata, Cadangan tersebut dilihat bercanggah dengan sasaran sifar karbon menjelang 2050.

Katanya lagi, penduduk setempat juga menolak sekeras-kerasnya cadangan untuk diwujudkan aktiviti galian batu arang yang dipercayai boleh menyebabkan kerosakan kekal melibatkan pelbagai pencemaran pada kemudian hari.

“Saya sebagai wakil rakyat bagi kawasan Baleh amat memandang serius akan pekara ini dan berharap agar Kerajaan Sarawak terus fokus dalam usaha ke arah inisatif peralihan kepada Tenaga Boleh Baharu (TBB) yang bersifat tenaga hijau,” katanya.

Tambahnya, cadangan Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg untuk membina empangan di Sungai Gaat yang merupakan cabang Sungai Baleh, boleh dipertimbangkan sebagai inisiatif untuk mewujudkan satu kaedah tenaga boleh diperbaharui tanpa menjejaskan kawasan sekitar.

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

TYT terima kunjungan hormat Shell Malaysia

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar menerima kunjungan hormat Shell Malaysia, di Astana Negeri Sarawak, hari ini. Kunjungan

BERITA TERBARU