Kaji semula nilai pampasan tanah

SIBU: Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing menggesa JTS mengkaji semula nilai pam- pasan tanah digazetkan untuk tujuan pembesaran Estet Perindustrian Perkapalan Rantau Panjang di sini.

Katanya, langkah itu sangat penting untuk memastikan lebih 50 pemilik tanah berkenaan mendapat harga pampasan yang adil.

King Sing menambah, agensi terbabit juga perlu mengadakan dialog terbuka bagi menyelesaikan sebarang pertikaian semasa proses pengambila- lihan tanah antara kerajaan dengan pemilik tanah.

“Pemilik tanah di Rantau Panjang difahamkan berasa terkilan dan tidak berpuas hati dengan nilai pampasan tanah yang ditawarkan kepada mereka.

“Saya juga akan memanjangkan isu ini kepada Kerajaan Sarawak supaya penilaian semula dapat dilakukan berdasarkan harga yang sama pada tahun lepas,” katanya selepas mengadakan sesi dialog dengan pemilik tersebut di sini, semalam.

JTS sebelum ini, dilaporkan telah menawarkan pampasan untuk beberapa plot tanah Rantau Panjang pada harga RM240,000 per ekar tahun lepas.

Bagaimanapun, selepas tanah seluas 250 ekar digazetkan kerajaan menawarkan pampasan di antara RM90,000 dan RM120,000 setiap ekar.

Jumlah tersebut telah mendapat bantahan daripada pemilik tanah terbabit apabila nilai pampasan yang ditawarkan jatuh serendah RM80,000 setiap ekar.

Juster kata King Sing, perbincangan dengan seorang menteri kabinet negeri juga mengesahkan Ketua Menteri telah mengarahkan pihak berkuasa yang berkaitan untuk membayar ganti rugi dengan harga pasaran tanah berkenaan.

“Kami berharap perkara ini dapat diselesaikan dalam masa yang segera dengan memberi pam- pasan yang adil kepada pemilik tanah,” ujarnya.

Beliau juga, menggesa agensi kerajaan berkenaan tidak menggunakan kaedah yang keras semasa mengadakan rundingan terutama dalam menyelesaikan isu pertikaian tanah.

“Jangan salah guna kuasa semasa membeli tanah. Jika tidak, rakyat akan berasa tidak adil dan menganggap kerajaan sebagai angkuh,” tegasnya.