HSL berbuka puasa bersama pengamal media di Sarawak.

Kaji semula sistem perparitan Sarawak secara menyeluruh, atasi masalah banjir

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg melawat mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS), SJK (C) Chung Hua Batu Kawa, di Kuching, hari ini.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg melawat mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS), SJK (C) Chung Hua Batu Kawa, di Kuching, hari ini.

KUCHING: Kerajaan Sarawak akan mengkaji semula sistem perparitan di negeri ini secara menyeluruh dengan mencontohi kemajuan negara Belanda dalam mengatasi masalah banjir.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, kajian dan pelaksanaan sistem tersebut akan dilakukan secara berperingkat-peringkat di kawasan rendah dan kerap banjir.

“Kita perlu mengkaji semula sistem perparitan di negeri ini secara menyeluruh kerana jika dilihat, Singapura tidak banjir walaupun mereka sebuah pulau dan mempunyai kawasan rendah. Ia disebabkan negara itu mempunyai sistem perparitan yang begitu berkesan.

“Jadi saya telah meminta Datuk Seri Dr Sim Kui Hian (Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan) dan pasukannya ke Belanda bagi melihat kepakaran sistem negara tersebut, kemudian untuk membuat kajian menyeluruh di Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas mengadakan lawatan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) mangsa banjir di SJK (C) Chung Hua Batu Kawa, di sini, hari ini.

Menurutnya, sistem terusan air negara tersebut tersebut sangat baik walaupun ia terletak di bawah paras air laut dan jika bersesuaian ia akan dilaksanakan di Sarawak.

“Belanda mempunyai sistem yang sangat baik dan jika sesuai sistem tersebut akan diguna pakai di Sarawak terutamanya di kawasan rendah serta kerap banjir seperti Kuching, Sibu, Miri dan Sri Aman.

“Apa yang kita lakukan adalah mengkaji dan melaksanakan sistem tersebut kelak secara berperingkat-peringkat, mungkin dua atau tiga tahun di Kuching bagi kawasan seperti Batu Kawa, Desa Wira dan Samariang kemudian barulah pergi ke Sibu.

“Namun inisiatif ini bergantung kepada peruntukan yang ada kerana pembangunan sistem tersebut akan memakan kos sehingga berbilion-bilion ringgit,” ujarnya.

Untuk rekod, pada minggu lalu Dr Sim yang juga Timbalan Premier Sarawak mengadakan lawatan kerja ke Belanda bagi mendapatkan kepakaran serta bantuan teknikal daripada negara tersebut dalam menangani masalah banjir di negeri ini.

Katanya, Sarawak harus mencontohi kepakaran, evolusi dan kemajuan negara tersebut dalam pengurusan air (laut, sungai, perpartian dan lain-lain) khususnya berkaitan penyelesaian masalah banjir.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

2 April 2023

Berita Terbaru