Semua sekolah di Sarawak akan dinaik taraf mengikut standard tertentu

Kaji semula syarat kemasukan ke Sarawak untuk pelancongan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Karim menyempurnakan pelepasan kembara DayakDaily's D’Drift di sini, hari ini.

KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) perlu meneliti semula syarat terkini yang dikenakan terhadap individu yang ingin memasuki Sarawak, susulan kebenaran rentas negeri tanpa memerlukan permit polis.

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata penetapan syarat-syarat lain sebaliknya akan memberi kesan terhadap pengembangan aktiviti pelancongan serta mempengaruhi pengunjung untuk datang ke negeri ini.

“Maklum mengetahui bahawa kita tidak perlu lagi permit polis untuk aktiviti rentas negeri bermula hari ini.

“Namun untuk kemasukan ke Sarawak, masih ada syarat lain yang perlu ada diikuti oleh mereka.

“Saya tidak melihat dasarnya (syarat untuk memasuki Sarawak). Mengapa kita masih perlu mempunyai izin (syarat) lain untuk memasuki Sarawak?” soalnya pada sidang media selepas menyempurnakan pelepasan kembara DayakDaily’s D’Drift di sini, hari ini.

Menurut Karim, baginya cukup untuk seseorang menunjukkan bukti vaksinasi yang lengkap atau surat pengesahan daripada doktor mengenai vaksin untuk memasuki Sarawak.

“Bagi mereka yang belum melengkapi vaksinasi Covid-19 atas alasan kesihatan yang sah juga harus dibenarkan masuk ke Sarawak dengan syarat mereka menunjukkan surat dari doktor yang menjelaskan mengapa mereka tidak dibenarkan divaksin,” katanya.

Sementara, JBPN dalam kenyataan semalam bersetuju membenarkan individu lengkap divaksinasi merentas negeri tanpa permit polis bermula hari ini.

Bagaimanapun individu yang ingin memasuki Sarawak masih perlu memohon kemasukan melalui borang ‘Enter Sarawak’, menyertakan bukti status lengkap vaksinasi, keputusan negatif ujian calitan RT-PCR atau antigen dari klinik kesihatan atau makmal kesihatan serta maklumat peribadi berkaitan.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

23 Mac 2023

Berita Terbaru