Kaki suami tersepit selepas kereta rempuh lori

ASAJAYA: Seorang lelaki tersepit di bahagian kaki manakala isterinya cedera selepas kenderaan yang dinaiki bertembung dengan lori di jalan Asajaya, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.43 petang itu, pasangan suami isteri dikenali sebagai Mohd Khairul Abdullah yang berusia 54 tahun dan Surinam Saie, 56 tahun.

Difahamkan kejadian berlaku apabila kereta jenis Perodua Alza dinaiki pasangan terbabit dari arah Kota Samarahan menghala ke Sadong Jaya bertembung dengan lori dari arah bertentangan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Asajaya, Mosli Salim berkata, seramai lapan anggota bomba termasuk pegawai beserta jentera yang tiba di lokasi kejadian sekitar jam 8 malam mendapati pemandu kereta masih dalam kenderaan dan mengalami kecederaan di bahagian kepala dan kaki.

SEPIT… anggota bomba berusaha menyelamat mangsa pemandu yang tersepit akibat kemalangan

“Setibanya di lokasi kejadian kita segera mengeluarkan mangsa tersebit menggunakan peralatan khas dan memberi rawatan awal kepada mangsa.

“Isteri pemandu hanya mengalami cedera ringan dan dihantar ke klinik kesihatan Asajaya manakala pemandu lori tidak cedera,” katanya dalam kenyataan semalam.

Jelas beliau, pemandu cedera kemudian dihantar ke Pusat Jantung Sarawak Kota Samarahan dengan menggunakan EMRS

Bomba bagi mendapatkan rawatan dan operasi tamat pada jam 9.35 malam.

Suara Sarawak