BARU-BARU ini, tular di TokTok melihatkan sekumpulan remaja membuat cabaran untuk membayar semua pesanan sekiranya jadi individu pertama bangun dari tempat duduk.
Perkongsian video di akuan TikTok @haikalalzhari itu tular dengan lebih 2.9 juta tontonan dan lebih 340,000 tanda suka.
Mereka dilihat sanggup kekal duduk walaupun cuaca hujan.
Rata-rata warganet di ruangan komen terhibur dan rindu saat-saat boleh duduk berkumpul bersamasama rakan.
Bagaimanapun, warganet juga tertanya-tanya siapakah individu pertama yang bangun dan harus membayar bil tersebut.