ARTIKEL

Kalender Malaysia punyai cuti umum pelbagai perayaan, kefahaman baharu mengenai perpaduan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pencapaian kesepaduan dan usaha penyatupaduan merupakan kefahaman baharu mengenai perpaduan kaum berbanding kefahaman lama yang lebih kepada pengalaman traumatik sejarah yang penuh dengan idealisme dan harapan.

Penasihat Unit Kementerian Perpaduan Nasional Malaysia, Prof. Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin berkata, dalam usaha mencapai kesepaduan memerlukan kedamaian dan keselamatan, kestabilan, kesejahteraan, kesan keselamatan sosial, akses pendidikan, fasiliti keselamatan dan peningkatan ekonomi.

“Usaha mencapai kesepaduan kaum mempunyai dua perkara iaitu pertama bersetuju kepada setuju dan kedua setuju kepada tidak setuju. Contoh perkara pertama ialah keunikan kalender Malaysia yang mempunyai cuti umum pelbagai perayaan.

“Manakala, contoh perkara kedua ialah dalam Perlembagaan Persekutuan terdapat Perjanjian Malaysia 1963 yang melibatkan Sabah dan Sarawak.

Katanya, perkara ini akan membawa kepada deficit sosial yang perlu diselesaikan melalui platform intergrasi.

Beliau berkata demikian dalam Program Webinar Perkongsian Sejarah Sebagai Asas Perpaduan Kaum anjuran Yayasan Perpaduan Sarawak, hari ini.

BERITA LAIN

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya

BERITA TERBARU

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya