ARTIKEL

Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg | BERNAMA

Kami akan teruskan legasi Tun Taib Mahmud – Premier Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berikrar akan meneruskan legasi yang telah ditinggalkan oleh Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud terutamanya dalam usaha untuk membangunkan Sarawak dan Malaysia dalam satu arah lebih tersusun.

“Saya bagi pihak rakyat Sarawak sudah tentu berasa kehilangan seorang pemimpin seluruh hayatnya berkhidmat untuk rakyat Malaysia dan lebih-lebih lagi rakyat Sarawak.

“Sebagai pengganti beliau, saya dan rakan-rakan akan teruskan usaha untuk membangunkan Sarawak dan Malaysia dalam satu arah (pendekatan) yang lebih tersusun terutamanya dalam keperluan peralihan tenaga global,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis memorandum persefahaman (MoU) antara Petronas dan Kerajaan Negeri Sarawak di sini hari ini.

Abang Johari berkata bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak dan bekas Ketua Menteri Sarawak itu telah berkhidmat sejak penubuhan Malaysia pada 1963 sebagai menteri dalam kerajaan pertama Sarawak dan Malaysia serta memberi sumbangan yang amat besar termasuklah beliau seorang daripada arkitek dalam penubuhan Petronas.

“Dan selepas itu, Allahyarham telah berkhidmat dengan Kerajaan Persekutuan. Satu-satunya kementerian yang pernah beliau pegang ialah Kementerian Sumber Utama di bawah pentadbiran Allahyarham Tun Abdul Razak.

Baca lain  Tun Taib sosok sarat sejarah -Penganalisis Politik

“Dalam kementerian itulah beliau telah menjadi seorang yang berjaya ke arah penubuhan Petronas dengan memantapkan lagi industri minyak yang pada waktu itu, dipegang oleh pihak luar,” katanya.

Abdul Taib, 87, meninggal dunia pada 4.40 pagi tadi selepas menerima rawatan selama kira-kira seminggu di sebuah hospital di Kuala Lumpur.

Sementara itu, menyentuh mengenai MoU tersebut, Abang Johari berkata kolaborasi tersebut merupakan kerjasama antara Sarawak dan Kerajaan Persekutuan melalui Petronas bagi penubuhan kilang ammonia untuk pasaran antarabangsa. 

“Kami di Sarawak sudah tentu terus akan bekerjasama dalam bidang-bidang strategik Malaysia bagi memperkuatkan asas ekonomi Malaysia melalui penggunaan teknologi terkini,” katanya. – BERNAMA

BERITA LAIN

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,

Stadium mini Sambir lengkap lampu limpah

ASAJAYA: Kejohanan Piala Perpaduan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asajaya Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah dijangka berlangsung berlainan iaitu dimainkan pada sebelah malam. Itu

BERITA TERBARU

Kapal bantuan ke Gaza belayar 24 April ini

ISTANBUL: Freedom Flotilla Coalition (FFC) mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi “Break the Siege: Freedom Flotilla Mission to Gaza 2024” memulakan pelayaran pada 24

Teliti keperluan pinda perundangan mesra pelabur AI

KUCHING: Malaysia perlu segera mengadaptasi landskap ekonomi semasa untuk terus berkembang supaya sentiasa kompetitif di rantau ini dengan menarik pelaburan daripada syarikat sektor teknologi, kecerdasan

Nora Danish terpaksa tidur hotel

PELAKON, Nora Mohd Danish Hanif, 42, meluahkan rasa tidak puas hati apabila dia dan keluarganya terpaksa menginap di hotel selama empat bulan. Katanya, dua individu

Akademi GMP nadi bola sepak di Betong

USAHA menyediakan barisan pemain pelapis berbakat perlu bermula di peringkat akar umbi. Langkah itu penting kerana ia menjadi penyumbang utama di peringkat teras kepada pembangunan