Pembantu pergigian maut dalam nahas jalan raya

Kami mahu kiosk bank

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
RAZI Sitam melihat ikan laga yang dijual di tapak Program MyRakyat: Bazar Rakyat di Riveria Sport Centre (RSC) Debak.

DEBAK: Adun Saribas, Mohammad Razi Sitam yang menyuarakan isi hati rakyat berharap sokongan pimpinan tertinggi Kerajaan Sarawak merealisasikan hasrat untuk pekan Debak dilengkapi dengan kemudahan kiosk bank.

Menurutnya, beberapa kertas kerja yang dimajukan bagi memohon perkhidmatan perbankan tetapi masih belum mendapat respons positif daripada mana-mana bank.

“Kita tidak meminta cawangan, kita minta kiosk bank. Orang Debak mengharapkan sokongan dan pengaruh Kerajaan Sarawak bagi merealisasikan usaha mewujudkan kemudahan tersebut di sini khususnya bank seperti Bank Simpanan Nasional (BSN), Bank Agro atau Bank Rakyat,” katanya di sini pada Ahad.

Jelasnya, daerah di sini mempunyai potensi tersendiri dan dengan itu menagih komitmen Bank Rakyat untuk menilai kembali permohonan pihaknya sebelum ini.

“Dulu saya berjumpa pihak bank, misalnya Bank Rakyat alasan mereka tiada cawangan di Betong. “Dan, sekarang Bank Rakyat sudah ada cawangan di Betong, saya harap permohonan kita sebelum ini dapat dipertimbangkan semula.

“Saya faham apabila ada cawangan di Betong, mereka senang menghantar duit ke kiosk… begitu juga BSN dan Bank Agro,” ujarnya.

Beliau menambah, penduduk di sini terpaksa ke pekan terdekat untuk mengeluarkan duit dan ia amat menyulitkan.

“Bagi saya, ini kemudahan yang amat penting dan sangat diperlukan oleh penduduk. “Jika tidak, kami terpaksa ke Betong, Saratok untuk mengeluarkan duit,” jelasnya.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Biskut kami halal

KUCHING: “Biskut buatan tangan kami halal,” demikian kata Anchong Tan

E-Paper

27 Mac 2023

Berita Terbaru