Kampung Baji, Sarikei dan Sungai Rassau, Batang Igan, dikenakan PKPD

KUCHING: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di Kampung Baji, Sarikei dan Sungai Rassau, Batang Igan, Matu berkuat kuasa 3 hingga 16 April ini.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), pihaknya bersetuju untuk melaksanakan PKPD di dua kawasan tersebut selepas membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi berkaitan.

“Kita mendapati kawasan yang terlibat telah berlaku kenaikan kes secara mendadak dalam tempoh lima hari ini,” kata JPBNS dalam kenyataan hari ini.

Suara Sarawak