ARTIKEL

Abang Johari (duduk tengah) bersama Tun Wan Junaidi (dua kanan) dan ADUN Nangka, Datuk Dr Annuar Rapaee (dua kiri) serta kenamaan lain pada majlis tersebut.

Kampung Datu bakal lalui pembaharuan pesat, Kawasan Nangka dibangunkan secara besar-besaran

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Kampung tradisi asal masyarakat Melayu di sini, Kampung Datu, akan menjadi sebuah perkampungan baharu yang serba moden di Kawasan Nangka.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, berkata kerajaan mahu membangunkan semula kampung itu dengan lebih bersepadu sambil mengekalkan ciri-ciri budaya asalnya.

Menurutnya, sebuah pusat konvensyen juga akan dibina di kawasan berkenaan bagi kemudahan penduduk Sibu.

“Kampung Datu akan kita bangunkan dengan infrastruktur jalan raya, tebingan sungai, perumahan dan pembinaan sebuah pusat konvensyen, bermakna kampung ini diperbesarkan,” ujarnya semasa menghadiri Majlis Ramah Tamah Hari Raya Aidilfitri Bahagian Sibu di sini semalam.

Beliau berkata, perbincangan bersama para pemimpin di Sibu mengenai perkara itu sudah pun diadakan.

Menurut Abang Johari, pelaksanaan pembangunan itu akan mengekalkan apa yang sedia ada di Kampung Datu tetapi mesti ada pembaharuan.

“Kalau kita kekalkan seperti sekarang susah, kita mesti memodenkan kawasan tetapi mempertahankan ciri-ciri budaya yang ada di Kampung Datu dan sekitarnya.

“Ciri-ciri ini melambangkan budaya yang sudah diwariskan kita dan pegang di Kampung Datu, bermakna kita bangunkan dari Masjid An-Nur terus ke tebingan sungai.

Baca lain  17,196 bayi Sarawak lahir tahun ini layak terima RM1,000

“Pembangunan akan melibatkan kampung-kampung, rumah-rumah yang moden.

“Kalau Darul Hana boleh dibuat, saya yakin Kampung Datu, Sibu boleh dibuat,” tegasnya.

Selain itu, jelasnya, tebingan Sungai Igan akan dicantikkan untuk mempunyai ciri-ciri tarikan, selain dibangunkan sebuah pusat konvensyen, dengan ciri-ciri dan juga kelengkapan yang moden buat Sibu.

Bagi merancakkan infrastrukturnya, beliau menambah, kampung itu akan dihubungkan dengan Kemuyang dengan pembinaan jalan raya baharu sepanjang 15 kilometer.

Ini bermakna, katanya, ia akan menghubungkan Kemuyang dengan Teku hingga ke UTS dan dengan Kampung Datu yang akan diperbesarkan hingga ke Kemuyang.

Abang Johari juga berkata, Kemuyang sudah dibangunkan dengan satu projek perumahan, dan jalan raya ini pasti akan memudahkan pergerakan masyarakat Sibu dengan lebih bersepadu.

Beliau juga memberitahu beberapa kawasan baharu dari Kemuyang, Teku hingga ke Kampung Datu akan dibuka bagi projek perumahan apabila jalan baharu itu siap nanti, yang dijangka akan mencantikkan juga bandar Sibu.

“Ini adalah yang kita bangunkan, dan telah kita lulus, dan sudah tentu berkehendakkan dana yang amat besar.
“Kita akan berikan peruntukan dan dibangunkan dengan apa yang telah kita rancangkan,” katanya.

Baca lain  Kuching contohi pendekatan bandar pintar Toyota Jepun

Majlis yang diadakan di Dewan Canselor Tun Abdul Taib Mahmud, Universiti Teknologi Sarawak (UTS), itu dimeriahkan oleh kira-kira 2,000 hadirin dan diserikan lagi dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, serta isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi.

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

1 Rumah 1 Jalur Gemilang, pupuk semangat kebangsaan

KUCHING: Kempen 1 Rumah 1 Jalur Gemilang (1R1JG) diperkenalkan dan dilancar Kementerian Komunikasi merupakan satu simbolik bagi menggerakkan hati rakyat Malaysia. Menteri di Jabatan Premier

Sarawak dapat peruntukan RM1.5 bilion dari KKDW

SARIKEI: Sarawak terus mendapat perhatian Kerajaan Persekutuan apabila menerima peruntukan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sebanyak RM1.5 bilion di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12).

BERITA TERBARU

Kes COVID-19 meningkat 14.8 peratus – KKM

PUTRAJAYA: Jumlah kes COVID-19 meningkat 14.8 peratus kepada 1,230 kes pada Minggu Epidemiologi ke-20 (ME 20/2024) iaitu bagi tempoh 12 Mei hingga 18 Mei 2024,

1 Rumah 1 Jalur Gemilang, pupuk semangat kebangsaan

KUCHING: Kempen 1 Rumah 1 Jalur Gemilang (1R1JG) diperkenalkan dan dilancar Kementerian Komunikasi merupakan satu simbolik bagi menggerakkan hati rakyat Malaysia. Menteri di Jabatan Premier