Trending

Kampung Tengah Supa Juara Futsal Piala Aidilfitri Pemuda KPS

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
RASMI…Razi (12 dari kiri) merasmikan kejohanan Futsal Piala Aidilfitri Pemuda KPS

DEBAK: Pasukan Kampung Tengah Supa mengungguli Kejohanan Futsal Piala Aidilfitri Pemuda KPS selepas membenam 1-0 dalam aksi final menentang Pasukan Kampung Hilir semalam.

Sekali gus merangkul gelaran juara bagi kejohanan yang berlangsung selama tiga hari bermula 6 Mei 2022 bersamaan sambutan kelima hari raya aidifitri.

Manakala tempat ketiga disandang oleh Naila ft dan Lambuyong masing-masing membawa pulang hadiah berupa wang tunai berserta medal.

JOHAN…Kampung Tengah Supa

Kejohanan anjuran Pemuda KPS dan Kelab Sukan Rekreasi Kampung Supa itu disertai sebanyak lapan pasukan terdiri daripada Kelab Sukan Rekreasi Supa Hulu, Supa Hilir, Supa Tengah, Naila ft, Lambuyong ft, Znz ft, Hololo ft dan juga Bbnu.

Kejohanan dirasmikan oleh Menteri Muda Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Mohd Razi Sitam sekali gus merasmikan pembukaan dewan baharu futsal Kampung Supa.

NAIB JUARA…Kampung Hilir Supa

 

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

26 November 2023

Berita Terbaru