ARTIKEL

Kan dah sangkut…

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARIKEI: Dalam apa-apa situasi sekalipun, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) tetap bersedia menghulurkan bantuan.

Situasi sama terjadi terhadap haiwan peliharaan seperti kucing yang terperangkap di celah – celah tingkap rumah di salah sebuah kuaters di Jalan Bangunan Kerajaan di sini, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei, Mahmudin Naruddin berkata, seramai tiga anggota dikerahkan ke tempat kejadian sebaik Bomba menerima panggilan kecemasan pada 1.37 pagi.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, kami mendapati seekor kucing terperangkap dan tersepit antara cermin dengan jeriji tingkap.

“Kita bertindak mengeluarkan si comel ini dengan membuka cermin dan melonggarkan jeriji supaya ia dapat keluar.

Operasi ini berakhir 1.51 pagi,” katanya.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan lanjut haiwan peliharaan itu tidak mengalami seberang kecederaan.

Seekor kucing yang berjaya diselamatkan Bomba dalam satu operasi khas di Jalan Bangunan Kerajaan Sarikei, semalam. – Foto Ikhsan Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarikei.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan