Teruna berani buka perniagaan syarikat bukan bumiputera

Trending

Kanada keluarkan amaran serangan pengganas

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
A pedestrian walks past a merchandise shop selling royals souvenirs, in Windsor, on May 2, 2023, ahead of the coronation ceremony of Charles III and his wife, Camilla, as King and Queen of the United Kingdom and Commonwealth Realm nations, on May 6, 2023. (Photo by Adrian DENNIS / AFP)

TRENTON: Rakyat Kanada yang dalam perjalanan ke United Kingdom (UK) untuk pertabalan Raja Charles III dinasihatkan supaya lebih berwaspada terhadap ancaman serangan pengganas.

“Orang ramai dijangka bertumpu di London pada sebelum dan selepas upacara itu, termasuk di kawasan Suruhanjaya Tinggi Kanada. “Insiden serangan di UK sebelum ini mengakibatkan korban jiwa.

Berkemungkinan ada serangan lanjut di UK, termasuk insiden ganas secara rawak di kawasan awam, seperti serangan pisau dan kenderaan serta letupan.

Diharap lebih berhati-hati,” lapor Agensi Anadolu memetik nasihat perjalanan kerajaan Kanada di laman sesawangnya pada Selasa.

Laman sesawang itu turut memuat naik insiden keganasan sebelum ini, termasuk serangan di London Bridge pada 2019.

Pada tahun 2017, seorang lelaki yang memandu sebuah van merempuh pejalan kaki di Westminster Bridge, menyebabkan lima maut dan sekurang-kurangnya 40 cedera.

Laman sesawang itu memberi amaran bahawa sasaran kegemaran pengganas adalah bangunan kerajaan, termasuk sekolah, tempat ibadat, lapangan terbang dan tempat awam seperti kawasan tarikan pelancong, restoran, bar dan pasar.

Baca lain  Cebisan rangka wanita mangsa Tsunami 2011 dikenal pasti

Perkhidmatan keselamatan UK, MI5, menjangkakan ancaman keganasan di England, Wales, Scotland dan Ireland Utara. – Bernama

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

28 Mei 2023

Berita Terbaru