Resepi DEBM menyakiti hati dari menantu yang tersakiti

Kanak-kanak 12 tahun korban baharu Covid-19 di Sarawak

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

KUCHING: Sarawak hari ini mencatatkan kes positif Covid-19 sebanyak 960 kes, menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 294,779 kes.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak 232 dalam kategori 1, 719 kes bagi kategori 2, dan sembilan kes dikelaskan dalam kategori 3, 4 dan 5.

“Daerah Kuching terus merekodkan kes jangkitan harian tertinggi iaitu sebanyak 325 kes, diikuti Bintulu (104), Miri (102), Sibu (84), Samarahan (61), Serian (46), Bau (31), Sri Aman (24), Sarikei, Mukah (17), Betong (15), Pusa dan Subis (12) dan Lundu (11).

“Sementara Marudi dan Tebedu catat sembilan kes, Simunjan, Daro (8), Matu (7), Limbang, Lubok Antu dan Pakan (6), Dalat, Asajaya, Tatau (5), Lawas, Kanowit, Telang Usan (4), Meradong (3), Saratok, Beluru, Kabong (2), manakala masing-masing satu kes di Tanjung Manis, Kapit, Belaga dan Sebauh,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Bagi kes kematian pula kata JPBN, empat kes kematian dilaporkan sejak 20 hingga 24 Mac lalu yang mana seorang mangsa dari Miri melibatkan kanak-kanak perempuan berumur 12 tahun.

Manakala tiga mangsa yang lain adalah warga emas berasal dari daerah Sri Aman, Kuching dan Limbang.

Dalam pada itu, JPBN mendedahkan tiada kluster baharu diisytiharkan hari ini.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

25 Mac 2023

Berita Terbaru