Teruna berani buka perniagaan syarikat bukan bumiputera

Trending

Kanak-kanak 12 tahun maut rempuh tiang TM

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
MAUT...Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berlumuran darah di bahagian kepala

KUCHING: Seorang kanak-kanak lelaki maut setelah mengalami kecederaan parah di bahagian kepala akibat terbabas kendiri dalam kejadian kemalangan jalan raya di Jalan Kolong Matang, di sini, hari ini.

Mangsa dikenali sebagai Rahmat Aidil Zainal, berusia 12 tahun, dan merupakan pelajar di Sekolah Kebangsaan Tan Sri Datuk Haji Mohammad.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu ketika dihubungi mengesahkan pihaknya ada menerima laporan berhubung insiden sekitar jan 1.30 petang.

Menurutnya, pemeriksaan awal mendapati kemalangan membabitkan sebuah motosikal jenis Modenas GT yang ditunggang oleh si mati masih tersadai di lokasi.

TERSADAI…Motosikal bersama mangsa berada di dalam longkang akibat merempuh tiang TM di lokasi kejadian

“Kemalangan berlaku apabila motosikal yang ditunggang mangsa dalam perjalanan dari arah Batu Kawa ke Taman Malihah secara tiba-tiba hilang kawalan lalu melanggar tiang Telekom Malaysia(TM) yang berada di bahu kiri jalan.

“Akibat daripada kejadian mangsa bersama motosikal terbabas dan masuk ke dalam longkang yang berada tidak jauh dari tiang TM terbabit,” jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, akibat kejadian, mangsa yang mengalami kecederaan parah di bahagian kepala disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan Ambulans Hospital Umum Sarawak(HUS).

Baca lain  Kampung Opar dibadai ribut, 16 rumah rosak

Susulan itu, katanya, mayat mangsa telah dihantar ke HUS untuk siasatan lanjut dilakukan.

Alexson turut mendedahkan kenderaan terbabit kemalangan seterusnya dibawa Balai Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Padawan untuk pemeriksaan Puspakom dan Jabatan Kimia.

Ujarnya, kes masih disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

28 Mei 2023

Berita Terbaru