Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

Kanak-kanak 6 tahun antara 16 PATI yang diusir keluar dari Sarawak

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

LUNDU: Cubaan 16 orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang lolos ke negeri ini melalui jalan tikus berjaya digagalkan dan diusir oleh pasukan tentera.

Jurucakap Sel Perhubungan Raya Markas Satu Divisyen berkata, kurang 48 jam daripada kejadian pengusiran pada khamis lepas, satu kejadian pengusiran berlaku semalam kira-kira jam 3.30 petang di kawasan ladang kelapa sawit sekitar Biawak, di sini.

Menurutnya, sepasukan anggota tentera yang sedang melaksanakan serkap telah berjaya mengesan sekumpulan Pati terbabit berjalan kaki memasuki kawasan Malaysia dari arah Indonesia.

“Setelah ditahan dan disoal siasat, kesemua 16 individu terdiri daripada 11 lelaki berumur antara 19 hingga 45 tahun dan empat wanita berumur antara 21 hingga 39 tahun bersama seorang kanak-kanak lelaki berumur 6 tahun merupakan Pati kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, tujuan mereka masuk adalah untuk mencari pekerjaan di Sarawak.

Tambahnya, kesemua Pati diusir dan laporan polis dibuat di Balai Polis Lundu untuk tindakan lanjut.

TANGKAP… Cubaan 16 Pati memasuki negeri ini secara haram berjaya digagalkan oleh pasukan tentera.

E-Paper

21 Mac 2023

Latest News