Pembantu pergigian maut dalam nahas jalan raya

Kanak-kanak austime sempat bersarapan sebelum ditemui lemas

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

PUSA: “Bau mi yang dimakan Amirizsa masih melekat di pipi ketika kami menciumnya selepas disahkan meninggal dunia di Klinik Kesihatan Pusa,” kata Amisa Yunus.

Amisa adalah salah seorang kakak kepada Amirizsa Yunus, 9, kanak-kanak autisme yang
dipercayai lemas ketika air pasang besar dekat Sungai Rimbas di Kampung Tengah, semalam.

Anak istimewa ini sempat bersarapan bersama-sama ahli keluarganya buat kali terakhir sebelum dijemput Sang Pencipta beberapa minit kemudian apabila jasadnya ditemui kaku dipercayai lemas.

Jenazah anak syurga yang juga puteri bongsu kepada pasangan Yunus Suhaili dan Hamidah Gani itu telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Masyarakat Islam Kampung Pusa, selepas solat Asar pada hari yang sama.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Biskut kami halal

KUCHING: “Biskut buatan tangan kami halal,” demikian kata Anchong Tan

E-Paper

27 Mac 2023

Berita Terbaru